Artis / Selebriti
” Tak boleh nak beza mana satu Bilal mana satu Abbas ni.. ” – Komen Netizen
Gambar-Gambar Percutian Neelofa Bersama Haris Ismail Dan Anak-Anaknya, Bilal Dan Abbas Di London Curi Perhatian Ramai. Eh Dah Nampak Sama Besar Abbas Dengan Abang Bilal. Dua-Dua Bambam Sangat !!
Buat masa sekarang, selebriti kesayangan ramai, Neelofa dan suaminya Haris Ismail sedang bercuti di kota London. Mereka turut membawa 2 orang anak mereka iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas bersama. Ini adalah kali pertama Bilal dan Abbas menjejakkan kaki ke London.
Meninjau akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan suasana ketika percutian Neelofa sekeluarga ini. Sebagaimana tertera pada paparan gambar pertama, mereka berada di Islington Somers Town iaitu salah satu tempat di kota London.
Neelofa seperti biasa tetap tampil menawan dengan gayanya yang tersendiri. Berniqab bukan halangan untuk Neelofa kelihatan bergaya dan penampilannya itu dipuji oleh warganet. Gambar Bilal dan Abbas adalah yang menjadi perhatian ramai. Bilal sudah berusia 2 tahunz manakala Abbas pula bakal menginjak usia setahun pada 11 Julai akan datang.

Memetik komen warganet, Bilal dan Abbas kelihatan seperti sama besar sahaja. Kedua-dua comel dan chubby badan mereka. Neelofa masih lagi tidak menunjukkan wajah penuh anak-anaknya ini dan wajah Bilal dan Abbas dikaburkan dalam semua gambar tersebut.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah… Neelofa pakai ape pn cantik.. Aku klu pakai pakai yg x beriron gitu mau cm bibik2.. ”
” Mana satu bilal mana satu abbas ni, dua dua tembam.. The cutest siblings lah Bilal dengan Abbas ni.. ”
” Tak boleh nak beza mana satu Bilal mana satu Abbas ni.. Dah besar Bilal.. bakpo yang comey dooh.. ”
” Masyaallah cantiknyaa neelofa,.. stail dioo.. perhh.. MCM model antarabangsa, pakai ape pun lawaa sungguh.. anak2 apatah lagi comenyaa.. ”
” Hehe comelnya Abbas.. Nampak mulut Abbas macam Bilal la.. suka tengok 2 beradik ni.. umi abah pun tetap stylo.. ”
” Tak pernah tak lawa lah Lofa ni. Love ni pakai baju besar2 pun still nampak kurus. Jealousssssssssss.. nampak tenang sangat lofa ni.. ”
” Bilal dan Abbas cuti-cuti london ye sayang.. Macam sama je Abbas dengan Bilal ni. nak sama besar dah.. ”
Seronok warganet dapat melihat gambar percutian Neelofa sekeluarga kali ini. Sedikit masa lagi, tentu Bilal dan Abbas akan kelihatan seperti kembar sahaja kerana sudah sama besar. Usia pun tidak berapa jauh beza. Apa-apa pun, semoga percutian Neelofa ini berjalan dengan lancar dan semua urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti4 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen

