Artis / Selebriti
” Tak boleh blah dia sambung balik tengok TV.. ” – Komen Netizen
Video Ain Edruce membuat satu kejutan kepada suaminya, Amirul Hafiz buat ramai terhibur. Memang tiada perasan langsung lah Mirul ni. Siap tanya lagi sebab tak faham. Lawak lah, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Ain Edruce, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ain membuat satu kejutan kepada suaminya, Amirul Hafiz telah membuatkan ramai berasa terhibur. Ain datang kepada suaminya yang sedang duduk di ruang tamu sambil membawa satu kotak kecil.
Kotak tersebut kemudian diberikan kepada suaminya dan meminta suaminya membuka kotak itu. Reaksi yang diberikan oleh Amirul terhadap kejutan tersebut membuatkan ramai terhibur. Amirul bertanya apakah benda di dalam kotak itu dan ia tidak memahaminya.
Melihat reaksi Amirul ini, Ain berasa agak marah. Ain terus pergi dari ruang tamu tersebut. Mungkin Ain berharap agar Amirul mengejarnya, namun sebaliknya berlaku. Amirul terus menyambung menonton televisyen tanpa mempedulikan isterinya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Amirul sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sentiasa ‘ blur ‘ dalam kebanyakkan video yang dikongsikan oleh Ain di media sosial.
Jom tonton video di bawah
@ainnedrucce
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Camane la si mirul ni ngorat kau dlu ain. cam gini gaya blur. hahaha. mslhnya dia xckp lg aku dh gelak. hahahahaha.. “
” Mirul mmg xleh berpisah gan blur. tp caya la mirul garang.. ntah² fatah amin pun mcm ni… lelaki klu kat rumah mmg mcm ni kot.. “
” Aku kalau merajuk aku bagitau terus. Kalau tak aku sendiri sakit hati sbb dia tak pujuk. Tapi bila dah pujuk aku lagi mengada2. Sekian pengakuan diri sendiri.. “
” Weyyyy laki aq pun jenis mcmni, bini merajuk bkn nk pujuk, dy pilih layan cter kt Netflix .. Aduh mirul nie. Nak kejar malas pulak. Dah la tengok tb mirul nie nak kene la.. “
” Nak kejar malas pulak tgk tv jelah.. broken akuu dgn reaction Mirul ni…nasib la ko la ain.. si mirul ni dah brapa kali vid ain ambk masih kaku jugak dlm vid .. “
” Tolong la ain…sy dh happy ingt ada clear blue kt dlm tu.. tak boleh blaaah dia sambung balik tengok tv.. aku pun ada seletul amirul kat rumah ni,,sama blur pulak tu… “
” Hahahaha part “kejar malas plak, ala tgk tv je lah..” mcm xde perasaan je ya Allah. Mirul ni kan apa ni xfaham dekah aku.. “
Gelagat pasangan suami isteri memang sering menghiburkan ramai. Seorang happy go lucky dan seorang lagi selalu ‘blur’ dalam kebanyakan video yang dikongsikan. Sikap suami isteri yang berbeza tetapi mereka sebenarnya saling melengkapi. Semoga jodoh Ain dan suami berkekalan hingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

