Artis / Selebriti
” Tahniah Fasha dan Jejai yang sentiasa ‘bersatu’ untuk kebaikan anak-anak.. ” – Komen Netizen

Gambar Fasha Sandha bersama mantan suaminya, Jejai dan anak-anak mereka, Rayfal dan Jemyma di majlis Graduation Day 2025 curi perhatian warganet. Ibu bapa contoh, salute lah Fasha dan Jejai..
Tidak semua pasangan yang bercerai dapat menjadi kawan selepas terjadinya perpisahan. Lebih menyedihkan sekiranya pasangan tersebut mempunyai anak dan anak yang menjadi mangsa kerana perceraian. Namun ianya berbeza untuk pelakon cantik, Fasha Sandha dan mantan suaminya, Rizal Ashram.
Menerusi perkongsian terbaru Fasha di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Fasha bersama Rizal atau mesra dengan sapaan Jejai ke majlis Graduation Day 2025 sekolah anak-anak mereka, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Di ruangan kapsyen posting ini, Fasha turut menulis coretan pendek memberitahu bukan sahaja anak-anak yang membesar tetapi juga ibu bapa. Fasha turut mengucapkan tahniah untuk Rayfal dan Jemyma atas pencapaian akademik mereka yang boleh dibanggakan.
Ramai di kalangan warganet yang memuji Fasha dan Rizal kerana setiap kali adanya majlis khas anak-anak di sekolah, pastinya mereka berdua akan meluangkan masa untuk bersama anak-anak. Tidak timbul isu anak tidak gembira kerana mereka mempunyai ibu dan daddy yang selalu mementingkan kebahagiaan anak-anak.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bertuah anak-anak dapat belajar dalam keadaan family berdamai dan jaga and care antara satu sama lain.. respect sangat Fasha dan Jejai.. “
” Congratulations kids… congrats proud parents. finding peace and balance… not every separation is bitter. Moga jadi anak-anak yang bijak pandai, soleh dan solehah.. Congrats hot mommy.. “
” Congrats Fashasandha and kids.. Semoga anak2 Fasha membesar dgn penuh kasih sayang & menjadi anak2 yg beriman & beramal soleh.. “
” Tahniah fashasandha and rizalashramrnt yang sentiasa ‘bersatu’ untuk kebaikan anak-anak. tak semua separate parent boleh bekerjasama macam ni.. salute sangat.. “
” Bijak-bijak anak Fasha dan Datuk Jejai.. tahniah korang ibu bapa contoh yang terbaik untuk pasangan bercerai.. “
” Congratulations, your 2 children dah besar.. proud parents.. tak jemu tengok kak fasha ni. cantik sangat lagi-lagi dengan imej berhijab tu.. “
” Bila mak ayah turunkan ego dan saling profesional, anak-anak pun boleh cemerlang dan happy belajar. Tahniah Fasha dan Jejai, terbaik lah.. “
Seronok warganet melihat hubungan baik Fasha dan Jejai itu, layak menerima pujian kerana sikap mereka yang baik itu. Semoga Rayfal dan Jemaima menjadi anak yang soleh dan solehah, beroleh kejayaan dalam pelajaran dan cemerlang selalu serta menjadi insan yang berguna kepada keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen