Artis / Selebriti
” Susah payah aku beli camera insta360, GoPro bagai. Adira lagi bijak, kreatif betul.. ” – Netizen

Adira Suhaimi Dedahkan Cara Dia Merekod Video Tanpa Bantuan Orang Lain Ketika Bermain Crazy Cart Raih Tumpuan Warganet. Alahai, Macam Tu Je Adira Buat Rupanya. Punya Lah Cantik Hasil Shootnya Tu. Kreatif Sangat !!
Pada perkongsian terdahulu, Adira Suhaimi ada berkongsikan video menunjukkan Adira bersama adik beradiknya meluangkan masa ke Gamuda Luge Garden Rawang. Banyak aktiviti yang mereka telah lakukan semasa berada di situ.
Meninjau entry di akaun Instagram Adira Suhami, telah dimuatnaik satu lagi video yang memaparkan gelagat Adira bermain crazy kart bersama adik beradiknya itu. Setiap kali Adira berkongsikan video, ramai yang bertanyakan bagaimanakah caranya Adira merekod semua video aktivitinya itu.
Kali ini Adira berkongsi kepada semua step by step cara untuk merakamkan video tanpa memerlukan bantuan cameraman. Sebelum permainan dimulai, Adira dan Emma sudah bersedia dengan sellotape dan kelihatan mereka melekatkan handphone masing-masing di atas kaki menggunakan sellotape itu.
Tidak terfikir oleh warganet itu method yang Adira guna, disangkakan Adira menggunakan GoPro. Hasil videonya juga cantik dan jelas. Adira sememangnya seorang yang kreatif dan cara ini lebih mudah serta jimat berbanding membeli alat perakam lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Adira ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wei kenapa tak terpikir langsung cara ni. Kreatif weh.. ami bagi idea la, kena follow ni.. Pakai selotape pun boleh haha.. ”
” Kreatif, tak perlu pun tripod ke ape benda tu semua.. Ok boleh tiru sbb smpai sna krew suh simpan hp.. ”
” Tu function bli kasut tebal-tebal rupanya untuk ikat haha.. baru lah stabil hehe.. murah je modal dia rupanya haha.. ami memang bijakkk.. ”
” Susah payah aku beli camera insta360, go pro bagai. dia lagi bijak tape je dekat kasut.. cerdik cerdik.. ”
” Dira, patut ko tape saja kat helmet 1, kaki 1, tangan satu… tapi kalau di tangan ko kena jaga2, takut terkena gelang mas, nanti calar phone hahha.. enjoyssss.. ”
” Hahaha terus saya tengok insta 360 saya haha.. buli2 dia kasi lakat d kasut sejaaaa hahahah.. ”
” Makin single makin rosak aku tgk ami haha.. teruskan kehidupan yg rosak mu itu ami, sbb aku juga nk rosak mcm ami.. ”
” Hahaha bawak saltape siap-siap erh nak pergi mana-mana. Gigih la ami bawak selotep.. idea kreatif ami.. ”
Bijak cara yang Adira gunapakai ini, tidak terfikir pula oleh warganet untuk menggunakan sellotape dan melekatkannya di kasut itu. Nampaknya selepas ini ramai lah warganet yang akan mengikut cara Adira. Apa-apa pun, enjoy melihat Adira bersama adik beradiknya dan semoga Adira ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah