Connect with us

Artis / Selebriti

” Susah nak tengok Faz menangis walaupun pernah difitnah, dikutuk dan dihentam teruk non stop sebelum ni.. ” – Komen Netizen

Video Fazura tidak dapat menahan air mata ketika ditanyakan mengenai keadaan anaknya, Nur Fatima Aisya buat ramai tersentuh. Bab anak memang hal sensitif, jarang Fazura tunjuk kesedihan macam ni. Sebak dengan doa Fazura untuk Fatima..

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perbualan antara Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya. Ianya berkait dengan ibu Fattah Amin iaitu ibu Azizah yang dipanggil Nenda oleh Fatima. Isu itu juga turut dijawab oleh adik Fattah, Raihan dalam satu komen di postingnya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ohbulan Official, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan live Fazura semalam. Seperti biasa, Fazura akan berinteraksi dengan viewers yang menonton livenya dan menjawab soalan-soalan yang diajukan ketika live berlangsung.

Terdapat soalan daripada salah seorang viewers bertanyakan mengenai keadaan Fatima sekarang. Fazura  mengatakan Fatima okey sahaja. Fokus Fazura adalah untuk membesarkan Fatima dan menjaga emosi Fatima supaya anak tunggalnya itu tidak merasa sedih.

Sebagai ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkan Fatima, anak adalah segalanya untuk Fazura. Doa Fazura sentiasa mengiringi Fatima dan berharap Fatima di bawah lindungan Allah selalu. Fazura tidak dapat menahan air matanya ketika bercerita mengenai Fatima.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sedih la pula tengok mummy Fatima menangis sebab susah nak tengok dia menangis walaupun pernah difitnah, dikutuk dan dihentam teruk non stop sebelum nie.. “

” Syg Ibu dan Ayah pada anak tiada tolok bandingnya.. Bnda ni biar selesai sendri boleh je … faz tnya mk fattah..cll lh mereka… faz baik.. wlpun dh bercerai hubgan bekas mnntu ttap mk fattah sayg .. apa2 selesai cuba tanya… klu dgr mulut netizen ni ,kdg menyakitkn hati je… bukn menolong.. “

” Tak payah la anda-anda semua bertelagah.. biarlah fatah dan fazura yg settlekan.. kalau betul jadi, faz dengan ibu fattah boleh bercakap sendiri. mak mertua selamanya mak mertua walaupun dah bercerai.. “

” Amin, bila dah jadi ibu ni cerita pasal anak mesti sebak. Sebab ibu je tahu rasa sayang dia dgn anak mcm mana. InsyaAllah semoga fatimah sentiasa di bawah jagaan lindungan Allah. Amin.. “

” Sama spt ibu Azizah, dia juga tak lepas mendoakan anak2nya. So, baik Faz atau ibu Azizah, masing2 sayang pada anak2, doa yg baik2. Sebagai anak2, bila ibu dikecam, pasti mereka akan melindungi syurga mereka. Semua ibu2 berhak dihormati.. “

” Bab anak jgn wat main.. org kecam beribu kali pn dia diam.tp bab anak mmg sensitif ye.. tapi aku tak sebelah mana2, fattah x, fazura pun tak. benda macam ni, biar lah dorang berdua settle kan. kita orang luar, kadang2 tak semua yang kita tengok tu realiti.. ”

Semua ibu akan mendoakan yang terbaik untuk anak masing-masing, itu adalah sifat dan naluri ibu. Isu Fazura, Fatima dan ibu Fattah, lebih elok jika mereka selesaikan sendiri secara personal. Sebagai orang luar, tidak perlu lah warganet menjadi batu api dan menambahkan lagi bara. Semoga semua yang baik-baik untuk Fazura, Fatima dan Fattah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ohbulan, Tiktok Ohbulan  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Baju Merdeka
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak