Connect with us

Artis / Selebriti

” Sumpah sebak bila tengok Lola peluk erat-erat and sayang Soraya tu, manjanya dia.. ” – Netizen

Ain Edruce Muatnaik Video Anaknya, Soraya Sudah Keluar Hospital. Namun Gelagat Soraya Ketika Sampai Rumah Bertemu Dengan Pembantu Rumah, Lola Buat Ramai Tersentuh. Part Lola Cium Soraya Tu Sebak Sangat !!

Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara, Ain Edruce ada berkongsi rakaman CCTV di rumahnya menerusi Instagram Story memaparkan anaknya, Soraya mengalami dem4m panas hingga saw4n. Ketika Soraya terkena saw4n, Ain sedang berada di set rancangan Melodi.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, suami Ain, Amirul berlari sambil mendukung anak mereka bersama pembantu rumah dan membasahkan kepala Soraya di sinki. Setelah Ain mendapat tahu Soraya terkena saw4n, Ain terus bergegas ke hospital dan kejadian itu membuat Ain tergamam.

Terbaru, Ain telah memuatnaik video yang memaparkan Soraya sudah keluar hospital dan kelihatan Soraya sedang bermain bersama Amirul di dalam bilik wad. Tulis Ain, keadaan Soraya tidak lagi kini sudah sihat serta sekarang mereka sudah pulang ke rumah.

Namun gelagat Soraya ketika tiba di rumah dan disambut oleh helper Ain yang dikenali dengan nama Lola membuat ramai tersentuh. Lola mendukung Soraya dan memeluk dengan erat serta mencium pipi Soraya. Akui Ain, Soraya memang rapat dengan Lola.

Tonton video di bawah ini :

Di ruang komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Ain ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sumpah sebak bila tengok Lola peluk erat-erat and sayang Soraya tu, manjanya dia.. Tgk cctv masa kejadian tu.. Obviously ur maid syg sgt kat dia. Sure dia pun trauma mengenangkan kejadian. Harap dia cepat pulih semangat.. “

” Suka tngok cara Amirul ni. Dia bole layan binik dia yg gonjeng Anak dia yg aktive mcm mak dia juga.. Utk Soraya sayang, semoga sihat2 slalu yer.. “

” Helper ni yg lari sana sini tak ckup tanah tu kan.. Risau betol dia masa tu.. Helper yg sgt baik.. Tgok soraya rapat ngn lola dia.. “

” Lola baik sbb tu soraya syg. Tgk cctv tu Lola ngn Mirul sama2 panik. Sama2 cuba control keadaan. Semoga Lola sihat selalu blh tlg Ain jaga Soraya smpai besar. Aamiin.. “

” Syukur Alhamdulillah aamiin yrb.. Soraya syg sentiasa ceria active budak nak bijak pandai. Comel2 dia happy sama daddy nya.. “

” Rezeki soraya dpt helper yg penyayangg.. Harap2 semoga berpanjangan jodoh keluarga Ain dgn Lola.. Touching tengok video ni, huhu.. “

” Happynya akuuu dia dengan Lola.. Nampak Soraya rapat sangat dengan Lola.. Semoga Soraya sihat2 sentiasa ya anak.. Comel lah dia.. “

Kelihatan Lola sangat menyayangi Soraya. Mesti Lola ini pekerja yang baik. Bak komen warganet, ketika menonton video CCTV sebelum ini, Lola juga turut berlari ke sana ke sini dan panik melihat keadaan Soraya semasa terkena saw4n. Apa-apa pun semoga Soraya terus sihat selalu serta menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ainedruce

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT