Artis / Selebriti
” Suka suka hati dia custom lirik sendiri. Reporter tu dah nak terkencing gamaknya ketawa, haha.. ” – Netizen

Video Zizan Razak Main Teka Lagu Raya Buat Ramai Terhibur. Suka-Suka Je Zizan Buat Lirik Sendiri, Jauh Betul Perginya. Yang Tukang Interview Sampai Senak Perut Gelak, Haha !!
Zizan Razak nama yang cukup besar dalam industri seni tanah air. Seorang pelawak, pelakon dan penyanyi serba boleh, anak jati negeri Terengganu ini sememangnya seorang yang ceria dan happy go lucky. Sesiapa sahaja yang berbual dengan Zizan pasti akan ketawa kerana lawak yang dibuat oleh Zizan.
Meninjau akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Zizan ditemubual oleh seorang wartawan. Zizan diajukan soalan sama ada dia tahu lagu raya dan mereka bermain permainan teka lagu raya bersama-sama.
Dari awal sampai ke akhir, semua lirik yang disambung oleh Zizan semuanya merapu dan dicipta sendiri. Berdekah yang tukang interview gelak apabila Zizan menyambung lirik ‘ anak muda diperantauan’ dengan ‘ anak derhaka di ner4ka ‘. Fuh lirik Zizan memang auto spontan.
Zizan juga berseloroh memberitahu dia juga pernah mencipta lirik lagu raya antaranya lagu raya Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Apabila disuruh menyanyikan sedikit rangkap lagu tersebut, sekali lagi ketawa besar wartawan tersebut. Sepatutnya ‘ sayu ‘ tetapi Zizan dengan mulakan dengan perkataan ‘ kayu ‘.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@sookamalaysia Auto 6 pack bila buat game dengan @zizanrazak869 😭😭😭 Korang boleh tengok Zizan di Healing With Zizan di sooka! #fyp #ZizanRazak #TikTokMalaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 170 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka suka hati dia custom lirik sendiri haha.. tak leh brain aq dgn si zizan ni. siotlahh yang gambar dia pakai sari tu.. ”
” Bila nk tengok Zizan serius haha.. kt filem pun dia boleh buat skrip sendiri haha. pec4h perut dengan Zizan ni.. ”
” Ni la cabaran bila interview pelawak haha. reporter tu dah nk terkencing gamaknya tak tahan dengan lawak zizan ni haha.. ”
” Lawak dia best sbb lawak dia lawak member member HAHAHAH.. ni betul-betul menghiburkan.. ”
” Tergelak sebab tengok diorang gelak, sakit perut weh.. Aku ketawa sorang-sorang sampai pelik orang lain tengok haha.. ”

Klik gambar untuk info..
” Aku letih la dengan zizan ni. Start je aku dah gelak tak ingat dunia haha. pentingnya interviewer yang mudah terhibur dgn aku sekali gelak.. ”
” Haha zizan ni lawak dia tak perlu effort pun. Dia ni sumpah unexpected, tak terbayang macamana penat abang tu gelak duk sebelah zizan.. ”
Adui Zizan, sampai tak boleh hendak bercakap wartawan itu kerana menahan ketawa. Zizan dengan lawak spontannya berpisah tiada. Kalau sudah namanya pelawak, ada sahaja ideanya untuk menghiburkan orang. Jika macam ini, sehari tak selesai interview, asyik ketawa tak berhenti-henti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah