Artis / Selebriti
” Suka sangat wife Fizo ni, positif vibes dia tinggi.. ” – Netizen
Perkongsian Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Tentang Motherhood Serta Video Menjaga Dua Orang Anaknya Raih Perhatian Ramai. Ibu Yang Hebat Lah Fazeera. Kata-Kata Yang Memberi Inspirasi Pada Ibu-Ibu, Terbaik !!
Umum mengetahui, pelakon dan usahawan Fizo Omar baru sahaja menimang seorang lagi cahayamata perempuan beberapa minggu yang lalu. Isterinya, Fazeera Nazri kini dalam proses berpantang di sebuah pusat penjagaan pantang di Melaka.
Meninjau akaun Instagram Fazeera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aktiviti Fazeera seharian bersama 2 orang anaknya iaitu Wan Khaleeda dan anak yang baru lahir. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu kerana ianya menuntut banyak kesabaran dan jiwa yang kental untuk menghadapi pelbagai kerenah anak-anak.
Kata Fazeera, perasaan dan emosi bercampur baur namun ianya perjalanan yang indah buat seorang yang bergelar ibu. Kerana hadirnya anak, ibu boleh menjadi seorang yang kuat. Warganet kagum melihat Fazeera yang mampu mengawal keadaan dengan baik.

Sifat Fazeera yang selalu positif juga meraih pujian daripada warganet. Bait-bait ayat Fazeera memberikan aura positif kepada sesiapa sahaja yang menonton videonya. Untung Khaleeda dan adik baby mempunyai umi yang hebat seperti Fazeera.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fazeera ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Walau pun dia tak popular macam artis lain sebab ni la aku follow. Positive vibes dia.. terbaik Fazeera.. ”
” Suka sangat wife Fizo ni, positif vibes dia tinggi. Nah api, in love sangat dengan kata-kata dia tu.. ”
” You are so talented and take good care of your family lovingly cherish till death apart.. love you sis.. ”
” Masya Allah love setiap ayat.. Inspirasi buatku, relatable.. Its beautiful journey and priceless.. untung Fizo ada isteri yang hebat.. ”
” Love your words, so inspired.. yeah trulydeeply sis.. you are strong mom, we r strong mom yeahhhh.. ”
Dapat juga warganet melihat wajah si kecil walau pun sipi-sipi sahaja. Betul-betul kena kental jiwa apabila anak rapat-rapat seperti Khaleeda dan adiknya ini. Seperti kata Fazeera, ibu tidak akan boleh hidup tanpa anak-anak walau pun anak-anak selalu meragam.

Semoga Fazeera terus success dalam pengajiannya, diberikan kekuatan untuk membahagikan masa untuk keluarga dan pelajaran serta bahagia selalu bersama Fizo dan anak-anak. Teruskan memberi inspirasi sebegini untuk semua kerana kata-kata Fazeera sangat menyenangkan hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazeera Nazri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen

