Artis / Selebriti
” Suka sangat dengar Thalita nyanyi lagu raya ni. Sedap tone suara Thalita, talented.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyi lagu raya di Bazaria Marsiling raih pujian warganet. Wah best sangat Thalita menyanyi lagu raya nostalgia macam ni. Sampai naik sheikh makcik-makcik bangun berjoget. Sporting betul..
Nama Thalita semakin menjadi sebutan dan banyak jemputan ditawarkan kepada anak dara Shuib ini untuk membuat persembahan nyanyian. Banyak event yang mengundang Thalita dan antara yang terbaru adalah Bazaria Marsiling yang berlangsung di Singapura.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Watie.Shuib, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Thalita di Bazaria tersebut. Thalita menyampaikan 3 buah lagu dan salah satunya adalah lagu raya. Lagu lagenda dendangan asal Anuar Zain berjudul Suasana Hari Raya menjadi pilihan Thalita.
Ramai yang memuji vokal Thalita yang semakin padu dan lunak merdu. Jika selalu warganet disajikan dengan irama balada, sesekali Thalita menyanyikan lagu raya tidak kurang sedapnya. Thalita membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri.

Thalita semakin pandai melenggokkan suaranya dan ini membuatkan nyanyian Thalita semakin asyik didengari. Dek kerana terujanya mendengar Thalita menyanyi lagu raya, beberapa orang penonton bangun dan berjoget bersama Thalita.
Jom tonton video di bawah :
@watie.shuib
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Makin sedap sekarang.. mantap suara Talita.. makcik makcik pun seronok sampai berjoget dengar thalita bawak lagu raya.. berkat doa2 smoga terus maju thalita.. “
” Alaaaa.. Nak dengar full. Suka sgt dengar Thalita nyanyi lagu raya ni. lagu raya joget ronggeng, adus makcik tu naik seh.. Fly high Thalita.. “
” Semakin sedap tone suara Thalita.. bestnya Thalita cover lagu raya. tata ni kejap suara mcm arwah ibu dia, kejap mcm suara Dayang talented btul.. “
” Sedapnya suara macam penyanyi asli.. semakin lama semakin sedap suara Thalita ni. dah pandai pelbagaikan lenggok suara tu.. “
“Sedap suara thalita terbaik semoga trus berjaya mcm arwah ibu.. terbaiklah dikta layan org tua alhamdulillah.. bagus Talita pandai layan jer mak cik2 tu janji d org happy ,,tata sporting.. “
” Meremang dengar suara Thalita, sedap betul. Selalu dengar Thalita cover lagu balada je. kali ni lagu raya, memang best sangat.. “
“Rindu lagu2 lama raya mcm ni.. Teingat masa budak2 meriah betul raya.. sedap suara Thalita cover lagu raya ni.. ada penari lagi teman dia hehe.. serba salah thalita dibuatnya tapi tetap layankan je hehe.. “
Comel sahaja cara Thalita melayani kerenah peminat warga emasnya berjoget. Suara Thalita sedap, naik sheikh makcik-makcik mendengarnya. Semoga Thalita terus maju jaya, dimurahkan lagi rezeki dan menjadi penyanyi hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watie.Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

