Artis / Selebriti
” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira dan Ezwan Zain bercerita pertemuan pertama mereka bersama anak Erra dan anak Ezwan raih perhatian ramai. Wah kita dengar pun excited, respon anak-anak pun wow sangat..
Ramai yang teruja menanti hari berbahagia primadona Melayu kesayangan ramai, Erra Fazira dan jejaka pilihan hatinya, Mr E atau Ezwan Zain. Setelah setahun mengenali hati budi masing-masing, pasangan ini akhirnya memutuskan untuk mendirikan rumahtangga.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Erra Faziira FC, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erra dan Ezwan dalam satu podcast. Banyak yang diceritakan oleh bakal pengantin ini menerusi podcast tersebut. Bermula dengan bagaimana mereka mula berkenalan dan sehingga lah kedua-duanya terbuka hati untuk bersama.
Erra seorang ibu tunggal dan Ezwan juga seorang bapa tunggal. Istimewanya mereka berdua mempunyai anak perempuan yang sebaya usianya. Anak Erra, Engku Aleesya dan anak Ezwan, Dania Sofia berusia 16 tahun. Bagi Erra dan Ezwan, penerimaan anak perkara utama dalam menentukan hala tuju hubungan mereka.

Erra bercerita pertemuan pertama antara dirinya dan Sofia. Alhamdulillah, Sofia anak yang lembut dan peramah sama seperti sikap Ezwan. Pertemuan Ezwan dan Aleesya juga berjalan dengan baik dan Aleesya menerima dengan terbuka Ezwan untuk menjadi peneman hidup ibunya.
Jom tonton video di bawah :
@errafaziirafc Replying to @Rania_dee #errafazira #fyp #fypage #foryou #masukberanda
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dengar dorang bercerita ni, kita pun ikut senyum sekali.. bila bakal mak tiri kau Erra Fazira, wow.. siapa yang tak nak.. primadona tu hehe.. “
” Erra trpikat pda snyuman dia yg comel kan2…hrp jdoh klian kekal lah Kali ni hingga ke syurga Allah aminn.. “
” I like the mom attitude “ saya ada anak saya bawa anak” its was very common sense 1. Baik utk tidak salahfaham 2. Bagi contoh baik utk anak. Mcm mana proper jumpa org baru kenal. For safety juga.. “
” Kalau Saya jadi anak Mr E tu pun kompom terima hati terbuka… Erra fazira kottt.. mak tiri aku erra wooo.. hahahahaha
.. “
” Ya betul tu penerimaan anak tu penting, mcm saya jgk sebelum nak kewen lain mintak izin dgn ank2 nak kewen, Alhamdulillah depa blh term, depa ckp janji ibu bhgia.. “
” Honest suke tgk hehe takde fake2 cover hehe semoga berkekalan n bahagia selalu.. anak-anak pun terima sebab tahu dorang berdua ni saling melengkapi dan akan berbahagia bila bersama.. “
” Seronok Aleesya sebab dorang sebaya. suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. papa dan mommy yang penyayang.. “
Seronok mendengar cerita Erra dan Ezwan tentang penerimaan anak-anak mereka itu. Pastinya Aleesya dan Sofia akan lebih bahagia apabila papa dan mommy mereka ini sah disatukan sebagai suami isteri. Semoga Erra dan Ezwan terus bahagia bersama anak-anak sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Errafaziirafcfr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

