Artis / Selebriti
” SubhanaAllah, tak expect awak baca sesedap ni Amir. Makhraj on point.. ” – Netizen

Perkongsian Video Amir Ahnaf Mengalunkan Bacaan Ayat Suci Al-Quran Buat Ramai Terpesona. Masha Allah, Lunak Sungguh Suara Bila Amir Mengaji. Alunan Suaranya BerlaguΒ Menenangkan Sesiapa Yang Mendengar, Kahar Versi Baik Ni !!
Amir Ahnaf antara nama bintang baru yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Lakonannya dalam drama Projek High Council tahun lalu menaikkan nama Amir dan wataknya sebagai Kahar seakan melekat dengan Amir. Melihat wajah Amir, pasti warganet teringatkan wataknya sebegai Kahar.
Meninjau akaun Tiktok Alli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dari surah Al-Baqarah. Lunak dan merdu sungguh suara Amir, mengajinya bukan kosong, siap berlagu dan mendayu-dayu.
Seronok warganet mendengar suara Amir, sejuk perut ibu Amir ada anak yang pandai mengaji seperti ini. Kata warganet, patut lah sebelum ini Amirul Aiman yang juga bergandingan bersama Amir dalam siri drama popular itu pernah memberitahu yang Amir ini sesuai masuk tahfiz.
Menjadi halwa telinga yang menenangkan dan tak puas mendengar bacaan Amir ini. Jangan memandang pada luarannya, nampak seperti budak-budak nakal tetapi jiwanya ada pengisian ilmu agama yang tinggi. Alhamdulillah tahniah anak muda, boleh menjadi contoh untuk para pengikut Amir di luar sana.
Jom tonton video di bawah :
@exulansiss ya allah merdunya π€@Amir Ahnaf #amirahnaff
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Patut lah Mierul kata Kahar sesuai masuk tahfiz. suara tu sumpah merdu g1la.. nanti join tadarus Al-Quran dengan Qawiy.. ”
” Allahu masya Allah sedapnya suara.. Love benorr Amir Ahnaf baca berlagu macam ni.. calon suami siapa lah ni.. ”
” Allahuakbar sdap n merdunye suara kahar (biase dgn nama ni) ptutlh dia Sedap dia dri tahfiz.. sjuk perut Ibu yg mngandungkn kahar.. ”
” Sedap suara mengaji orang terengganu kita.. Ya Allah merdu betul.. ni la pelakun yg sama muka dgn anak sis… sedap halwa telinga dgr.. ”
” Sedap suara Amir Ahnaf.. Masya Allah, Kapla tak sangka betul merdu suaranya mengaji.. Makhraj dia nice dan dengung panjang apa semua on point.. ”
” SubhanaAllah… tak expect awk bace sesedap ni… really wish my imam boleh baca macam ni.. merdu sangat Alhamdulillah.. ”
” Mantap taranum Amir.. masha Allah anugerah dari Allah swt.. mantap lah Amir.. merdu sangat suaranya.. dah lah handsome macho.. ”
Alhamdulillah, bukan hanya ada bakat dan ilmu duniawi, tetapi juga penuh dengan ilmu akhirat juga. Tentu semakin ramai lah yang mengagumi Amir dan yang pasti, semakin dig1lai wanita di luar sana. Apa-apa pun, semoga Amir Ahnaf terus berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Exulansiss
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral2 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral6 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral6 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen