Artis / Selebriti
” Suara Kak Lina ngam teruk lagu ni, standing ovation.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein, Nadeera Zaini dan Hael Husaini menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Wah, padu betul gabungan tiga suara ni. Kak Lina memang function teruk. Sempat lagi buat reaksi kelakar, Hael dan Nadeera pun sama masuk air, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Elly Mazlein, Nadeera Zaini dan Hael Husaini menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita telah meraih perhatian ramai. Lagu yang dipopularkan oleh Nadeera dan dicipta oleh Hael Husaini ini berjaya menjadi naib juara di final AJL 39.
Apabila digandingkan bersama tiga penyanyi ini, ternyata lagu ini menjadi lebih hebat dan padu. Masing-masing mempunyai kekuatan vokal tersendiri termasuk Elly. Ramai menyatakan genre lagu ini sangat sesuai dengan vokal Elly yang sering menyanyikan lagu balada.
Ketika menyanyi, Elly sempat lagi membuat reaksi yang menghiburkan sehingga membuatkan ramai warganet terhibur. Sikap kelakar Elly tetap ada di mana-mana. Walaupun menyanyikan lagu serius pun tetaplah kelakar sehingga Hael dan Nadeera turut terikut sama.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Versi mereka bertiga ini sangat sedap dan memberikan kelainan buat lagu ini. Ada yang request untuk mendengar Elly menyanyikan lagu ini secara solo.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan nyanyian Elly dalam lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haellll satu lagu utk kak kepom no syatuuuuuu. Geng Banyak main dalam kelas tapi paling perform & function. Kak Lina memang layak masuk next AJL.. “
” Gang mainnnn kuat dlm kelas..tp final dia 3.9 nilah dia.. K.Lina… kenape la pakai suar abah2… Mujur la semua sedap meletop kebaboommm… “
” Masuk vocal hael lagu ni jadi solid padat perfect! Kak kepommm suara sedap sgtttt.. Banyak main eh yang tengah tu Tapi perform. Sedap .. “
” Lagu cmni mmg makanan kaklina la weh! Aku mmg suke semua lagu balada dia suara dia mmg kne lagu2 cmni.. KEPOM FUNCTION TERUK!!! Standing Ovation!!! “
” Teringin nk tengok kepom g final AJL lagi.. please haelhusaini buatkan lagu utk kak lina suraya jakelina merchantlina syatu lagu .. “
” Hahahahahha ending kelakorr.. Tp Ya Allah sedapnyaaaaaaaaa 3-3 ni bawak.. haelhusaini buat la 1 lagu utk kak kepomm.. “
” Suara kak lina ngam terok lagu niiii.. Haha tergamak syedapp betoi suara tiga² nie dah tu perangaii masing² geram laa ekk.. “
Ngam sangat suara Elly menyanyikan lagu ini. Selepas ini, lagu apa pula pilihan Elly dan artis manakah yang bakal berduet dengan Elly pula. Memang kak Kepom penyanyi nombor ‘ syatuuu ‘ kerana apa sahaja genre lagu tetaplah menjadi ‘ makanan ‘ buat Elly.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mantap manager, pandai plot twist. Ibu bagi lampu hijau tu Hadie.. ” – Komen Netizen