Artis / Selebriti
” Suami kiriman tuhan. Bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain.. ” – Watie Hanifiah

Video Dan Perkongsian Watie Hanifiah Mengenai Kisah Ketika Percintaannya Bersama Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu. Wah Lain Macam Betul Bercinta Cara Shuib Ni. Kental Lah Watie Punya Kesabaran Tu. Ramai Yang Kata Gambar Last Tu Ada Iras Macam Arwah Sarah !!
Pasangan pengantin sensasi, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah kini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi. Meninjau akaun Instagram Watie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka berdua berada di sana bersama satu kapsyen yang menarik perhatian.
Kata Watie, Shuib ini suami kiriman tuhan buat dirinya. Watie turut berkongsi perkara yang orang tidak tahu sepanjang mereka bercinta sebelum ini. Ujar Watie, Shuib sering berpesan kepadanya bercinta dengan Shuib memerlukan kesabaran yang tinggi.
Bercinta dengan Shuib tidak sama caranya seperti bercinta dengan orang lain, itu kata Shuib. Manakan tidak, setiap kali dating, Shuib pasti membawa samada kawan atau anak-anak malah mamanya juga pernah dibawa bersama. Tiada istilah keluar berdua-dua sepanjang tempoh percintaan mereka.
Shuib menjaga batas mereka dan Watie juga bercerita, tiada berpimpinan tangan seperti pasangan bercinta. Kini apabila sudah sah sebagai suami isteri, baru lah Watie faham maksud sabar yang diungkapkan oleh Shuib itu. Manisnya honeymoon mereka kerana banyak perkara pertama yang dilakukan bersama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih ribuan likes daripada warganet sejak ia dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Shuib setia sus4h senang sampai arw4h Sarah men1nggal.. insyaallah tak salah pilihan watie.. semoga berbhgia sampai syurga.. ”
” Nampak bahagia sgt sgt korang… Tahniah sgt sgt, semoga Mahligai kekal ke akhir hayat… enjoy honeymoon tau. abaikan ckp² netizen tu.. ”
” Happy honeymoon uolsss … And selamat pengantin pengantin baru semoga kekal ke Jannah. Tengok orang bahagia, kita pun rasa bahagia.. ”
” Masyallah tahniah watie. didoakan kekal bahagia hingga jannah. amiin amiin ya mujib.. sweetnya korang, suka tengok.. ”
” Wow so sweet laa. Alhamdulillah Allah atur yang terbaik.. orang yang sabar pasti dapat ganjaran yang manis.. ”
” Sweetnya.. sekali pndg mcm muka arw4h pic yg no dua tu… tahniah utk shuib n wati… semoga kekal hngga ke jannah.. ”
” Mirip arw4h Sarah gambar last tu.. Sampai tengok banyak kali, siap gosok-gosok mata lagi. nak sama mungkin cara pakai tudung tu.. ”
” Shuib seorang lelaki yg menghargai awak dan betul2 nk buat awak jadi yg halal untk dia…. bila dah halal baru akn spend together.. ”
Sweet betul kapsyen Watie untuk encik suaminya itu, alhamdulillah Shuib melakukan hal yang betul. Setiap orang yang sabar pastinya akan diberikan kemanisan pada penghujungnya. Semoga Watie dan Shuib berbahagia selalu dan aman damai rumahtangganya serta berkekalan sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah, IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen