Artis / Selebriti
” Steady Ernie, sedap betul dengar.. ” – Netizen
Video Telatah Ernie Zakri Di Konti Radio Era Raih Perhatian Warganet. Part Video Ernie Cover Lagu Raya Dengan Pemanggil Tu Memang Padu Lah !!
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era telah berkongsi beberapa video yang memaparkan penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri telah dijemput sebagai artis jemputan menerusi segmen 3 Pagi Era bersama penyampai-penyampai radio iaitu Radin, Pak Azad dan Nabil Ahmad.
Menerusi video pertama, Radin telah memberitahu kehadiran Ernie di radio Era adalah mempromosikan lagu raya terbarunya. Bukan itu sahaja, telatah Ernie yang sentiasa happy go lucky mendapat pujian Nabil.
Manakala menerusi satu video lain, telah dikongsikan saat Ernie berduet lagu raya bertajuk ‘ Joget Aidilfitri ‘ bersama seorang pemanggil di talian. Pada awal video, pemanggil tersebut telah menyanyi dahulu dan disambung pula oleh Ernie.

Meskipun dalam keadaan bersahaja menyanyi lagu raya, suara Ernie sangat merdu didengar. Suara pemanggil di talian juga tidak kurang merdunya dan kelihatan Radin, Pak Azad dan Nabil kagum mendengar nyanyian Ernie serta peminatnya.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata memberikan emoji suka terhadap perkongsian video-video Ernie di konti Radio Era dan terhibur dengan telatah comel Ernie. Antara komen menarik adalah :
” Steady Ernie, sedap betul dengar.. Comel lah, fokus tengok Ernie je time menari tu, hahaha.. Lagi tiga orang tu memang kelakar, haha.. “
Video terakhir adalah telatah Ernie bersama Radin, Nabil dan Pak Azad cuba menari mengikut lagu yang menjadi trend sekarang. Kelakar sungguh behind the scene mereka, masing-masing asyik ketawa sambil menari mengikut step. Ernie memang menceriakan suasana di konti Era.

Sekadar info, Ernie telah mendirikan rumah tangga bersama Syamel, dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata. Memilih nama sebagai Nur Khawla Soleha buat puteri sulung mereka, kini usia Khawla telah pun 1 tahun.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

