Artis / Selebriti
” Speechless, meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
Video Iskandar Ismail menyanyi lagu Ziana Zain, Madah Berhelah di Konsert Final Gegar Vaganza 12 buat ramai meremang. Fuhhh power lah Iskandar. Tok Ram pun terkejut sampai kena bagi air. Memang layak jadi juara..
Iskandar Ismail akhirnya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 12 di konsert final pada malam semalam sekaligus membawa pulang 100 ribu ringgit. Antara persembahan yang memukau ramai ialah lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain.
Iskandar menyampaikan dengan penuh tenaga, emosi dan teknik vokal yang mengagumkan. Persembahan itu bukan sahaja mencuri perhatian penonton, malah membuatkan barisan juri terpaku dengan keberaniannya membawa lagu tersebut ke tahap lebih tinggi.
Lebih mengejutkan, Tok Ram sendiri mendedahkan bahawa Iskandar menaikkan key lagu secara spontan. Sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan di atas pentas pertandingan. Sampai urat kepala pun keluar, tanda betapa bersungguh-sungguh dan all out Iskandar memberikan segalanya demi sebuah persembahan sempurna.

Kemenangan ini bukan sekadar trofi, tetapi bukti kerja keras dan dedikasi seorang penghibur sejati yang terus mencabar kemampuan diri. Perkongsian video persembahan Iskandar ada dikongsikan di akaun Instagram Media Hiburan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji persembahan Iskandar. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” SPEECHLESS!!! he is so Good.. Geprek. Malam ini Iskandar Ismail all out. Good job Eiss, you did your best. Mmg aura dia dasyat laaaaa.. “
” Excellent Iskandar, you will win tonight! we support you from Singapore. Mamtap la bang, meremang bulu roma Always love his performance. Kudos.. “
” Wah tinggi key ni, terbaik la,bukan senang nyanyi ni lagu.. ternganga aku tgk, such a great performance, definitely tersenyum arwah ayah dia when he won all out ..”
” Meremang.. Memang dia bagi habis²an.. Mantap! Terbaik! Cemerlang! Semoga rezeki Juara milik for ur winning night insyaa Allah.. “
” Huishh Mantapp!! Kangkang Gaya rock kapak tu pehhh! my favourite contestant won… Alhamdullillah u deserved it .. “
” Fuyohh Meremang! Semoga Berjaya.. Insyaallah kalau Allah izinkan Iskandar ismail akan jadi juara gv mlm ini, Puashati dia menang.. “
” Teringat nana juga bawa lagu ziana zain masa final..terus jadi juara . terrbaikkk la bro,,mudah2xan de rezki tok u dik,,doa kamiii semuaaa.. “
Tahniah Iskandar Ismail. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak pencapaian hebat dalam industri seni hiburan. Teruskan menghibur, menginspirasikan dan membanggakan peminat dengan bakat luar biasa yang dimiliki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

