Artis / Selebriti
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen

Video anak perempuan Dato’ Aliff Syukri, Qadejah El Zahra menyanyi lagu Melayu buat ramai terhibur. Sampai naik pening Datin Shahida dengar suara Qadejah menyanyi, sebijik macam Dato’ Aliff Syukri. Kelakar betul dua beranak ni, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik nama shopedherbsoline, telah dikongsikan video Datin Shahida sedang membuat live menjual produknya. Kelihatan turut ada bersama adalah anak perempuan Datin Shahida iaitu Qadejah El Zahra. Menerusi video itu, Qadejah atau mesra dengan panggilan Cess ada menyanyikan beberapa buah lagu Melayu.
Lagu pertama yang dinyanyikan oleh Cess adalah bertajuk Teman, nyanyian asal oleh penyanyi Iman Troye. Ketika Cess sedang menyanyi, sempat Datin Shahida mencelah dengan menyanyi lagu bertajuk Ibu dan meminta Cess untuk menyambung menyanyi lagu tersebut.
Namun, apabila Datin Shahida mendengar suara Cess menyanyi, terus Datin Shahida memberikan reaksi terkejut dan berkata kepada Cess adakah itu suara sebenar Cess kerana kedengaran begitu teruk. Meskipun beberapa kali Datin Shahida mengajar Cess untuk menyanyi dengan baik, Cess tetap tidak boleh menyanyi.
Seloroh Datin Shahida meminta Cess tidak lagi menyanyi kerana Cess tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Bukan itu sahaja, usik Datin Shahida, Cess mewarisi bakat Dato’ Aliff Syukri. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet yang menontonnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@shopdherbsonline Tinggi betul Level confident qadijah ni.. Betul2 mewarisi bapaknya😂#terlajaklaris #papalaris
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sorry Cess. memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. Lawak betul lah Cess ni, mama suruh stop pun dia tetap nk nyanyi lagi.. “
” Betullah daughter akan bawa gen bapa.. Son akan bawa gen mak.. Harap2 khadijah tk kuarkan single yer.. Khadijah jangan ikut jejak papa, haha.. “
” Hahahhaha ni memang Aliff Syukri betul.. Bakat tu turun sebiji2 ikut ayahnya, hahaha.. Serius suara Ammar sedap dengar.. “
” Sebiji alip syukri weyh, hahaha dgn lirik kelaut.. Belum citer pitching lagi.. Confident level pun sama.. Anak bapak betul2.. “
” Aaa memula aku mute, sekali aku mcm menyesal pulak on suara.. Terus rasa nk berbuka puasa awal dengar.. Btw tq Cess, ceriakan hari saya.. “
” Tapi muka dia ikut datin sebijik. Suara je bagai bumi dengan langit.. Muka mak. Style sopan dia pon ikut mak. Tp tu la, ade jugak terselit Alif Syukri.. “
” Muka mcm datin, suara mcm dato.. Datin berdarah idung dgr khadijah nyanyi, hahahaa lawak betul lah.. Dah2 jangan nyanyi, cukup2.. “
Kalau melihat Cess yang begitu confident menyanyi, memang saling tak tumpah seperti Dato’ Aliff. Selain itu, kata Datin Shahida, anak yang mempunyai suara yang sedap adalah anak sulungnya iaitu Ammar Ahyan dan perkara itu turut diakui oleh warganet. Selepas ini boleh lah Datin Shahida kongsi video Ammar menyanyi pula.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shopdherbsonline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral6 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, sempat lagi siapkan task sebelum pergi. Buat VO pun suara dia, siap lengkap edit videonya.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Cemburunya dengan arwah, datang dalam keadaan paling cantik dan manis untuk ayahnya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Kami dipanggil balik untuk berkumpul terakhir kalinya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada adik.. ” – Abang Adib
-
Viral7 days ago
” Masyaallah, cantik lukisan arwah. Tangan berseni.. ” – Komen Netizen