Artis / Selebriti
” So sweet, bersemut wall ni.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Datin Rebecca Nur Al Islam Kongsi Video Bersama Suaminya. Ucapan Romantik Dato’ Nur Azam Raih Perhatian Peminat. Alahai, Sweet Sangat Pasangan Ini !!
Pelakon dan juga usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam atau lebih mesra dengan panggilan Rebecca sudah tidak asing lagi di kalangan peminat. Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca TV namun Rebecca sering berkongsi perkembangan diri serta keluarganya di sosial media.
Hasil tinjauan di laman Instagram miliknya, Rebecca telah berkongsi satu video bersama suami tercinta, Dato’ Azam. Pasangan yang baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka bulan ini kelihatan manis berpakaian sedondon berwarna hijau.
Video tersebut di rakam sewaktu mereka berdua berada di dalam kereta. Gelagat Dato’ Azam yang memegang tangan Rebecca dalam video tersebut mendapat perhatian peminat. Rata-rata berpendapat pasangan ini sangat sweet bersama.

Kata-kata ikhlas yang diucapkan oleh Dato’ Azam kepada Rebecca juga buat Rebecca happy dan tersentuh. Wah, romantik betul Dato’ Azam ini. Semestinya Rebecca berjaya menjadi isteri dan ibu terbaik buat dirinya dan anak-anak mereka.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CKn_2z5Dwgr/
Gelagat dan ucapan romantik Dato’ Azam kepada Rebecca seharusnya dipuji. Peminat juga menyifatkan pasangan ini serasi bersama. Antara komen-komen mereka adalah :
” So shuweet, Bersemut wall ni, Sweet lah Dato, Sedondon yer, Sweet sgt niee.. “
” Very good hband. Syukuralhamdulillah… so loving beeca, Sweetnya.. “
Perkongsian Rebecca turut mendapat feedback daripada suami tercinta. Manis betul ayat-ayat yang diucapkan oleh Dato’ Azam buat isteri tersayang.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup Rebecca dan Dato’ Azam, pasangan ini telah dikurniakan 5 orang cahaya mata. 3 daripada mereka adalah perempuan manakala 2 lagi adalah lelaki. Rebecca juga turut mempunyai seorang anak angkat dan 2 orang anak tiri.

Seronok melihat pasangan dua sejoli ini, biarpun sudah lama mendirikan rumah tangga namun masih kekal romantik. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Rebecca dan suami sentiasa berbahagia bersama anak-anak tersayang sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rebeccanuralislam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									
