Connect with us

Artis / Selebriti

” So muka you bangun tidur macam ni lah.. ” – Bella Astillah

Video Bella Astillah bertanya sesuatu ketika melihat imej rambut YB Syed Saddiq untuk Sepahtu Reunion Live. Respon Bella apabila YB Saddiq menjawab soalannya membuatkan ramai teruja. Sendiri tanya, sendiri yang blushing. Wah untunglah Bella, cepat kahwin please..

Pasangan popular yang sama cantik sama padan, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq seringkali menjadi perhatian ramai. Sekali pun tidak meluahkan rasa cinta secara terbuka, namun act of service pasangan ini cukup untuk membuktikan mereka sedang dilamun cinta.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Bella dan YB Saddiq ketika mereka sedang disiapkan oleh jurumekap dan stylish sebelum melangkah masuk ke pentas Sepahtu Reunion Live In Singapore.

YB Saddiq disiapkan dalam gaya rambut yang berbeza dari kebiasaannya dah ianya kelihatan sesuai dengan wajah YB Saddiq yang tampan itu. Gaya kemas sudah sinonim dengan YB Saddiq, namun apabila dilakukan kelainan seperti ini membuatkan YB Saddiq kelihatan lebih muda.

YB Saddiq memberitahu dia sempat jogging dan berbasikal pada waktu pagi walaupun berada di Singapura. YB Saddiq juga mengatakan wajah dan rambut serabainya ketika itu seperti baru bangun dari tidur. Bella pula mengatakan sesuatu yang comel mengenai wajah bangun tidur YB Saddiq itu.

Jom tonton video di bawah :

@sitieiyka90

Buat rambut baru bgun tdo pun herlok ea😂 #syedsaddiq #bellaastillah #bass #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – 🤡Siti_Eiyka®🎀📕 – 🤡Siti_Eiyka®🎀📕

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Part bella ckp.. “gini kah rupa u bangun tdo? .. untung lah saya..” trus bbunga hati kiteee tawwww.. “

” Dia tgh tgk saya guys.. malu2 yayang ditatap bakal suami nya.. Bella : Beruntunglah saya.. YB bangun pagi style rambut mcm Kpop.. “

” Adoiiii dah ulang berapa kali dari malam tadi tengok tak Ade bosannya. semoga bahagia milik mereka berdua Aamiin2.. “

” He look so clueless, bella da blushing. Tak sabar nak dorg kahwin.. Memang untung la bella. Bangun bangun suami rupa oppa lee min ho.. “

” Ayat bella.. beruntungnya sy.. Aaaaa… tak faham… please kawin hehe.. Untung Bella bangun-bangun ja view elok.. ala ala kpop.. Yb bila bersama bella bertambah handsomenya.. btw mesti syuk dan niel dah tau rahsia mereka ni.. “

” Weh Comel style ni YB confirm akan jadi trend this year.. handsome sangat ni yb.. bahagianya insan bernama Bella.. yee bella ss mmg lelaki idaman full package.. bella mmg untung.. “

” Untung lah saya. ok faham ayat Bella tu hehe.. serabutpun nampak hensem hahaha ,yg lain jgn jelousss ae.. “

Alahai auto blushing muka Bella selepas memuji YB Saddiq. Bella memang beruntung kerana YB Saddiq lelaki idaman malaya yang ada pekej yang lengkap pakej. Muka bangun tidur sebegitu handsome, pasti indah pagi Bella selepas mereka selamat diijab qabul nanti, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Era, Tiktok Siti Eiyka 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak