Artis / Selebriti
” So far hubungan saya dengan anak saya, mummy dia.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin menjawab isu mengenai hubungan anaknya, Nur Fatima Aisya dengan ibunya, Azizah serta bekas isterinya, Nur Fazura. Ini respon Fattah, harap selepas ini semua tidak lagi membuat sebarang spekulasi mengenai hal tersebut..
Beberapa hari lalu, tular video yang memaparkan anak pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya memberitahu kepada ibunya, Nur Fazura mengenai apa yang dikatakan oleh ibu Fattah, Puan Azizah kepada dirinya. Video itu telah menjadi perhatian warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Oh Bulan, telah dikongsikan video temubual bersama Fattah. Menerusi video itu, Fattah menjawab mengenai hal tersebut yang menjadi buah mulut ramai. Akui Fattah, hubungannya bersama Fatima dan bekas isterinya, Nur Fazura sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja. Begitu juga hubungan Fatima dengan ibu Fattah yang dipanggilnya, Nenda.
Walau bagaimanapun, kata Fattah, dia sedikit kesal dengan tindakan segelintir warganet yang membuat tuduhan tidak berasas sehingga menimbulkan salah faham terhadap keluarga terutama ibunya. Selain itu, ulas Fattah, meminta semua orang untuk hentikan sebarang spekulasi mengenai hubungan anaknya bersama ibunya.

Fattah juga berkata, sebelum ini dia selalu menasihati para peminatnya agar jika tiada benda baik nak komen, lebih baik jangan komen. Fattah turut meminta agar warganet memberikan komen perkara yang baik-baik sahaja serta jangan menulis perkara yang boleh mendatangkan fitnah.
Tonton video di bawah ini :
Sebelum itu, Fattah ada memuatnaik video dia bersama Fatima dan menerusi video itu, Fatima ada berbual bersama ibu Fattah menerusi video call. Tulis Fattah di ruangan kapsyen mengatakan hubungan Fatima dan nendanya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Apa-apa pun, semoga dengan penjelasan oleh Fattah tersebut dapatlah menghentikan sebarang spekulasi negatif mengenai keluarganya. Semoga Fatima terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Fattah serta Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ohbulanofficial, fattahaminz, missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

