Artis / Selebriti
” So elegent, cantik sangat design minimalist macam ni.. ” – Netizen

Video Full House Tour Rumah Baru Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Buat Ramai Terpegun. Semalam Belanja Sikit Je, Hari Ni Belanja Full Video. Cantik Sungguh Design Rumah Konsep Muji, Rumah Idaman Ramai Ni !!
Apabila memiliki rumah sendiri pastinya kita akan memikirkan konsep dan hiasan dalaman rumah mengikut citarasa yang diingini. Inilah yang dikongsikan oleh usahawan dan pempengaruh terkenal iaitu Syafiqah Aina dan suaminya, Hafiz Mahamad.
Pasangan ini telah membuat ‘house tour’ rumah baru mereka yang berkonsepkan ‘muji house’. Konsep hiasan dalaman ini berasal dari Jepun yang mengutamakan reka bentuk yang bersih dan kemas, perabot berkualiti dan praktikal serta banyak ruang penyimpanan.
Video yang berdurasi beberapa minit ini memaparkan keseluruhan rumah Aina termasuk ruang tamu, dapur, bilik tidur, tandas dan beberapa ruangan khas. Hiasan dalaman rumah pasangan ini banyak menggunakan warna cream dan coklat.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Paling menarik ialah setiap ruangan rumah pasangan ini mempunyai ruang penyimpanan yang teratur dan menjimatkan ruang.
Jom tonton video di bawah :
@ainaabeautyskincare Full home tour @syafiqahaina & @hafizmahamad berkonsepkan Muji Aesthetic Okay journey nya dari beberapa bulan lepas, bila Hafiz & Aina datang ke gallery Li, and lepa request nak interior yang, selesa and warm, nak nampak terang and spacious Aina sebenarnya suka konsep Muji, dalam masa yg sama Li cuba tengok apa yg represent Aina & Hafiz. Depa pulak jenis suka design yang x terlalu sarat tpi onz point kalau nak amek gambar or buat video. So after discussion itu ini, Li decide utk mix kan design Muji & Aesthetic. Apa tu Muji ? Okay Muji ni merupakan konsep yang berasal dari Jepun, dengan mengetengahkan prinsip Zen yang menerapkan natural beauty, simplicity dan juga tranquil. Contohnya, Li banyak gunakan natural material, mom design/ pattern kayu, warna2 natural, brown, light brown, light grey, off white and etc. Untuk aesthetic pulak? Aesthetic ni win pada functionality dan juga shape yg dpt create kan sesuatu area tu lebih menarik! Li banyak gunakan design shape curve utk setiap area, supaya ada continuity utk setiap ruang. Material wise, li ada gunakan meja kayu, modern wool fabric, marble sintered stone design, textured wall paint & etc. Conclusionnya, bekerja sama dengan Hafiz & Aina tersangat lah awesome. Mostly depa biarkan Li & team bebas berkarya, sangat polite, tolerate and easy to work with. Alhamdulilah, Hafiz & Aina sgt berpuas hati dengan outcomenya and duration for the whole procees around 3 month plus. Hopefully hampa semua dpt inspiration dari sharing design rumah Muji Aesthtic ni. Thank you so much kpd Hafiz & Aina, for always put trust on team Li. #KejayaanDemiKebahagiaan #KitoBuekDio
β¬ original sound – AINAA Beauty Skincare – AINAA Beauty Skincare
Di ruangan komen, ramai yang memuji rumah baru pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Lawa doh rumah ainaa… awesome house blessed congrats sis.. Mng cantik tempat ya semoga dipermudahkan segala urusan.. “
” Memang cantik sangat.. ada nak pakai org gaji tak ? tu kalau family mai , tumpang tandas , tandas dlm almari Β jenuh mencari.. “
” Semoga satu harii dpt merasa mcm ni aminn.. Alhamdulilah rezeki ank ank.. masyaallah.. semoga dipermudahkan segala urusan.. “
” Syukuralhamdulilah semoga dipermudahkan segala urusan aamin,,Doakan sy sekeluarga memiliki rumah impian, aamin.. “
” Lawa dooh.. Rasanya nanti anak2 tido bilikkkk mak ayah jugak ni haaga.. Moga kekal hingga ke Jannah dua ketul Ni.. so elegent, cantik sangat design minimalist mcm ni..”
” Ada maid x? memikir nak kemas beso2 ni.. Ya Allah . Andai tak dpt merasa ini di dunia. Izinkan kami merasa suasana ini di akhirat nanti.. “
” Cantiknya… ada lift x ? sy kalau rumah mcm ni mesti nak tgk lift sbb nnti tua2 xlarat naik tangga.. mcm arwah mak ayah dulu naik kerusi roda. kita pon nnti tua kot2 naik kerusi roda kan.. “
Wah, memang terpegun dan terpesona melihat segenap ruang rumah pasangan ini. Sangat selesa dan teratur dekorasi yang digunakan. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Aina dan suami . Tahniah diucapkan kerana memiliki rumah idaman hasil daripada usaha sendiri.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aina Beauty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura