Artis / Selebriti
” Sini takde surau, tapi mommy cari port baek punya.. ” – Rita Rudaini
Muatnaik video anak sedang solat di sebuah perhentian rehat ketika bercuti di luar negara, perkongsian Rita Rudaini raih pujian ramai. Rita turut kongsi reaksi orang sekeliling bila melihat mereka solat..
Beberapa hari lalu, pelakon terkenal Rita Rudaini berkongsi beberapa video dan gambar membawa anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjunabbercuti ke London, United Kingdom bagi menunaikan janjinya membawa mereka ke Stadium Emirates, markas pasukan bola sepak Arsenal.
Terbaru, Rita telah memuatnaik video yang memaparkan anak lelakinya sedang menunaikan solat di hadapan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Menerusi perkongsian tersebut, Rita memaklumkan situasi tersebut berlaku selepas mereka sekeluarga singgah di sebuah kawasan hentian untuk menunaikan solat Subuh.
Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan surau di lokasi berkenaan, mereka terpaksa mencari inisiatif lain dengan memilih ruang di tepi mesin ATM sebagai tempat untuk menunaikan ibadah solat. Selain itu, Rita juga turut meluahkan rasa kagum terhadap adab masyarakat di sana.

Tulis Rita, walaupun mereka menunaikan solat di kawasan awam, orang sekeliling tidak menunjukkan rasa marah mahupun memandang serong terhadap mereka. Sehingga kini, perkongsian oleh Rita tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji didikan agama yang diterapkan Rita kepada anak-anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku sangat salute cara rita didik anak2 dia .. Macam2 ujian allah bagi dia kuat betul . Semoga terus jadi insan hebat n kuat untuk anak² kak Rita.. “
” Alhamdulillah.. Didikan yg bagus.. Solat tiang agama.. Utamakan solat dalam apa jua situasi.. Terbaik lah Rita.. “
” Sis ni mmg layak dpt ikon wanita.. Sgt baik didikan kak rita bg.. Dr sekolah,agama n dunia selari.. Kak rita seorang wanita yg sgt kuat.. “
” Entah knp bla tgk pic dn video ni hati rsa sebak.. Sedih ja. Taniah sis ats didikan kpd anak2 mu.. Semoga mnjdi insan yg berguna dn hebat didunia dan akhirat.. Aamiin.. “
” Alhamdulillah bagus didikan ibu Rita Rudaini… Anak2 pun hensem pelajaran bagus… Moga terus cemerlang… Amin.. “
” Benda yang I salute pada RR sebab didikan Dan ajaran adab beliau atas anak Sangat tinggi.. Kagum betul i tengok.. “
” Alhamdulillah Rita… You did a great job raising ur child.. Salute to you.. Semuga anak2 ini membesar dgn cemerlang dn menjadi anak yg soleh,penyenjuk hati mommy..”
Perkongsian Rita Rudaini ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain agar sentiasa menitikberatkan soal didikan agama kepada anak-anak. Dalam kesibukan melancong dan berada jauh dari tanah air, kewajipan kepada Tuhan tetap menjadi keutamaan, sekali gus membuktikan bahawa iman dan adab boleh dizahirkan di mana sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ritrud727
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

