Artis / Selebriti
” Simple dan bermakna, henna night pun dah cantik.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Berinai Atikah Suhaime. Wah Cantiknya Atikah, Naik Seri Bakal Pengantin Ni. Majlis Berinai Yang Simple Tapi Menarik. Part Gambar Dengan Mak Tu, Dah Macam Kakak Dengan Adik Je. Awet Muda Betul Mak Dia !!
Pelakon Atikah Suhaime suatu masa dahulu pernah kecewa apabila pertunangannya dengan seorang penyanyi lelaki terputus. Sudah tertakdir tiada jodoh antara Atikah dan penyanyi berkenaan, kini Atikah menemui cintanya dan bakal bergelar isteri kepada Dato’ Lokman Teh dalam beberapa jam sahaja lagi.
Meninjau entry di akaun Instagram Atikah Suhaime, telah dimuatnaik gambar-gambar sekitar majlis berinai Atikah. Majlis Atikah ini memang lain dari yang lain dan cukup simple. Hanya bersama bridesmaids dan keluarga, majlis ini berjalan dengan lancar.
Atikah kelihatan cantik dan berseri-seri sehingga kan ada yang menyangka Atikah ini adalah Anzalna. Mungkin kerana solekan Atikah pada majlis ini yang membuatkan aura serinya naik. Selain dekorasi dan tema majlis, ibu kepada Atikah juga mencur1 perhatian warganet.

Ramai yang memuji kejelitaan wajah mak Atikah kerana nampak muda. Sepertinya kakak dan adik sahaja apabila Atikah dan ibunya bergambar bersama. Anak dan ibu dua-dua cantik, patut lah Atikah ada rupa paras yang manis, diwarisi daripada ibunya ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tahniah Atikah dan Dato Lokman. Berseri-serinya dia, lawa sangat. Ingatkan Anzalna tadi. Tak sabar nak tunggu majlis nikah.. ”
” Simple dan bermakna, Henna night pun dah cantik. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aameen.. ”
” Alhamdulillah.. TAHNIAH atikah dan Selamat Pengantin Baru.. Semoga bahagia hingga ke Jannah Dato’ lokmantea dan datin therealatikahsuhaime ….. semoga dipermudahkan segala urusan majlis.. ”
” Babeee Congratulations.. Masya’Allah, what a beautiful bride.. so pretty, cantik sangat ni. May HE eases everything for both of you for the akad nikah, Inn Syaa Allah.. ”
” Cantiknya mak tiekamie. aunty la yang masak asam pedas sedap tuuu. selamat pengantin baru.. semoga jodoh kekal hingga ke jannah.. ”
” Syukur Alhamdullilah, semoga kekal bahagia hingga ke syurga… Cantik mak & anak.. macam kakak dengan adik je, awet muda mak atikah ni.. ”
” Lawa betul mak, muka Atikah pun sama dengan mak. awet muda mak atika mcm adik dan kakak ja.. Semoga Allah permudahkan majlis Atikah hari ini Aamin.. ”
Pastinya Atikah sekarang sedang berdebar menanti saat dirinya diijab qabul. Untuk makluman, majlis akad nikah akan diadakan malam ini dan disiarkan secara live di Tiktok Zaitun Official. Semoga dipermudahkan untuk Atikah dan bakal suami bergelar suami dan isteri yang sah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Atikah Suhaime
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain

