Artis / Selebriti
” Siapa cakap dia tak cantik tepi swimming pool hari tu ? Nah sekali makeup, catwalk, terpelanting terus.. ” – Netizen
Video Terbaru Penampilan Liyana Jasmay Curi Perhatian Ramai. Wah Cantiknya Liyana, Ingatkan Model Mana Lah Tengah Catwalk Tadi !!
Baru-baru ni gambar wajah pelakon Liyana Jasmay tanpa secalit solekan semasa bercuti di sebuah hotel telah menarik perhatian warganet. Ada dalam kalangan warganet meninggalkan kata-kata seakan menyinggung perasaan Liyana dengan mempersoal kecantikannya.
Menerusi video dikongsikan tersebut, Liyana dilihat sedang menikmati sebiji burger di tepi sebuah kolam renang dan Liyana tidak menggunakan sebarang filter pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Liyana, telah dikongsikan video yang memaparkan Liyana sedang catwalk di sebuah taman pada waktu malam. Cantik mengenakan dress dan makeup, perkongsian video ini juga sekali lagi menarik perhatian ramai.

Ada yang mengatakan Liyana kelihatan begitu cantik pada malam itu dan berseloroh meminta kepada sesiapa yang pernah mengecam Liyana sebelum ini agar melihat penampilan Liyana ini. Sehingga kini, video Liyana sedang catwalk menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji penampilan Liyana Jasmay. Antara komen-komen menarik adalah :
” Haaa sape hari tu ckp dia tak cantik video tepi swimming pool tu.. Nahhh kau skali die makeup carwalk… Terpelanting terusss… Vavavassssss…. “
” Cantiknya Liyana.. Tak kan la mase swim nak makeup ate komeee punnnn… Pik kangggg… Dia ni mmg cantik dr kecik la.. “
” Bg aku dia satu2 artis paling cantik natural.. Tak payah nak makeup tebal2 nak bagi cantik.. Relaks2 je.. Lagipun ok je tengok muka dia tak makeup.. “
” Love sangat2 kakak, lawa jer.. Dari dulu sampai sekarang, badan tu maintain langsing wlaupun dah jadi mak.. “
” Haritu ada ternampak kt kedai mamak.. Serius cantikkkkk sgt depan2. Minat dari bujang tp tu la hormat privacy nk luang masa dgn ank2 so tak kacau. Tgk dari jauh je.. “
” Masalah skrg, dari aku kecik lagi tengok sis ni berlakon, aku makin besar makin tua, sis Liyana ni tak tua2.. Haha.. “
” Suke tgok LJ ni dr dulu lg.. Always baby face.. Muka dy glowing je.. Tengok video dia makan pun cantik g1la, hahaha.. “
Alahai cantiknya Liyana, gaya penampilannya macam seorang model. Apa-apa pun, sehingga ke hari ini, pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 itu tidak marah apabila dilemparkan kata-kata negatif dan mengambil keputusan untuk berdiam diri serta tidak memberikan sebarang respon.

Silakan SHARE..
Sumber : IG liyanajasmay
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen



