Artis / Selebriti
” Shukri Yahaya je yang boleh tengok rupa Tya, orang lain tak boleh tengok.. ” – Shukri Yahaya
Gembira dengan penampilan baru isteri, Video Shukri Yahaya kongsi perasaannya dan kisah bagaimana permulaan hijrah Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab raih perhatian ramai..
Meninjau di akaun Instagram Majalah Nona telah dikongsikan video yang memaparkan wawancara bersama pelakon Shukri Yahaya. Menerusi wawancara tersebut, Shukri menjawab mengenai penampilan terbaru isterinya, Tya Adnan yang kini sudah berniqab.
Difahamkan, Tya tampil mengenakan niqab sekitar pada bulan Julai lalu. Kata Shukri, sebagai seorang suami, dirinya tidak menghalang isterinya berpenampilan seperti itu. Malah Shuk merasa begitu gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Tya.
Kata Shuk lagi, hal tersebut sangat istimewa kerana kini wajah Tya hanya dapat dilihat hanya dirinya sahaja. Selain itu, Shuk juga berkongsi cerita bagaimana terdetiknya Tya mahu mengubah penampilannya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai.

Sehingga kini, video wawancara bersama Shuk itu telah menerima lebih 900 tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Jelas kelihatan betapa terujanya wajah Shuk berkongsi cerita mengenai penampilan terbaru isterinya sekarang.
Tonton video di bawah ini :
Hati suami mana tak seronok jika isterinya memilih untuk menjadi lebih baik. Begitu lah bagi Shuk yang begitu senang dengan penampilan Tya sekarang. Bagi yang mengikuti Tya di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Tya sudah memadam semua gambar-gambarnya yang terdahulu dan hanya tinggal beberapa gambarnya berpenampilan baru.

Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat Tya. Semoga Tya terus istiqamah dalam penghijrahannya ini. Untuk sekadar rekod, Shuk dan Tya mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

