Artis / Selebriti
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
Video respon YB Syed Saddiq ketika ditanyakan mengenai penguat hati, Bella Astillah curi perhatian warganet. Bagus sungguh jawapan YB Saddiq, Sangat menghargai wanita istimewa dalam hidupnya..
Ramai yang hadir ke Mahkamah Rayuan pagi tadi bagi memberikan tanda sokongan kepada ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Selain ibu bapa dan adik beradik, pelakon dan penyanyi yang juga merupakan gandingan YB Saddiq, Bella Astillah juga turut kelihatan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar_my dan Astro Awani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan temubual pihak wartawan dan YB Syed Saddiq ketika berada di mahkamah tadi. Soalan berkaitan dengan kes itu diajukan kepada YB Syed Saddiq.
Wartawan juga turut bertanyakan kepada YB Syed Saddiq tentang penguat hatinya. Mendengar perkataan itu, spontan YB Syed Saddiq menyebut ibu saya. Selepas itu baru lah YB Syed Saddiq faham penguat hati yang dimaksudkan oleh wartawan itu adalah Bella.

Tersenyum YB Syed Saddiq dan ibunya ketika wartawan menyebut nama Bella. Wanita ini antara yang menyokong kuat perjuangan YB Syed Saddiq untuk mencari dana untuk rakyat Muar baru-baru ini menerusi kempen Primavalet di mana mereka adalah pasangan duta produk tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dalam saat2 yg sukar YBSS ttp menghargai Bella dlm apa jua keadaan. Salute YBSS.Moga kemenangan milikmu YBSS.Yakin dan percaya Bella ttp setia di sisi YBSS.. “
” My full of respect towards you YB.. Short simple and sweet. dia betul betul mengangkat darjah Bella.. tapi tak pernah lupakan ibunya.. “
” Aura BASS NI lain macam mereka bole Bt kita semua happy,angau, blushing sndri.. skrg mereka Bt kita mata masuk habuk..Aura Mmg luar biasa. Skrg juga semua org saling mendoakan… terharu sgt. moga baik2.. “
” YB tahu menghargai wanita wanita istimewa di sekelilingnya. Asbab kehadiran Bella dlm hidup SS – ramai yg buka mata dgn kebaikan SS and doakan beliau.. Semoga kemenangan bagi SS.. “
” MasyaAllah ayat pertama keluar dr mulut Syed Saddiq “Ibu Saya”.. dia dlm keterujaan rasa syg pd BA….dia tetap letakkn ibunya no. Syaaatuuuu.. “
” SS dahulukan Ibu beliau as buah hati baru Bella. Anak yg baik. Allahu. May Allah Bless You Always YB SS. Doa auntie mengiringi anakanda. In Shaa Allah.. “
” Terharu dengar jawapan YB Syed Saddiq ini. Anak yang baik, teman, sahabat dan kekasih yang cukup baik jugak. Kata kata dia tersusun dan cukup bermakna.. “
Pendek dan simple sahaja jawapan yang diberikan oleh YB Syed Saddiq tetapi maksudnya cukup mendalam. Penghargaan untuk orang yang selalu ada susah dan senang. Semoga kemenangan berpihak kepada YB Syed Saddiq dan kebenaran yang diperjuangkan akan berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM, IG 501awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

