Artis / Selebriti
” Shiera dengan Google pun gaduh. Lawak betul, penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Sharifah Shahira meminta Google untuk memberikan direction untuk ke Berjaya Times Square buat warganet terhibur. Tinggi betul kesabaran Shiera ni, lain yang diminta, lain pula yang dijawab oleh Google. Nasib tak kena hempuk, haha..
Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Sharifah Shahira atau mesra dengan sapaan Shiera Ijoy. Figura ini seorang yang kelakar dan sering membuat jenaka spontan. Penyampai radio dan pelakon ini juga mempunyai ramai pengikutnya di media sosial.
Menerusi perkongsian terbaru Shiera di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shiera sedang berada di dalam kereta. Shiera ingin ke Berjaya Times Square dan meminta applikasi Google Map untuk memberikan direction agar perjalanan lebih lancar.
Suara Shiera cukup jelas menyebut destinasi tersebut, namun sayangnya Google tidak dapat memahami lokasi tersebut. Google menjawab butik pakaian dan Shiera mengulangi lagi menyebut Berjaya Times Square. Sempat juga Shiera membebel mengatakan Google itu sudah tua kerana sudah 2 tahun digunakan.
Pening juga apabila arahan tidak dapat difahami sebegini. Dari menyebut Berjaya Times Square kepada BTS, akhirnya Google memahami juga ke mana Shiera ingin pergi. Dalam applikasi itu, yang di’set’kan bukan Berjaya Times Square tetapi cuma Times Square sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahah kak, penat tau gelak tengok.. Alhamdulillah akhirnya BERJAYA juga kak haha.. Kuatnya kesabaran ko kak hahaha.. yg panjang punga slang berabuk English dia x nak, yg pendek pulak dia ok … lagu BTS pulak dia tau.. “
” Sheira boleh jadi voice replace google.. sebab suara sedap.. kak… lepas ni beli teko aladdin ‘I Dream of Jeannie’ keluar asap terus ke destinasi.. “
” BTS dia tahu pulak haha.. dengan google boleh buat gaduh wow.. Dia buat gurau pulak dengan Shiera Ijoy haha..geram eh.. “
” You made my day kakak haha.. ikut stress jugak.. akak dah sama macam perangai anak buah saya haha.. Telinga dia tu tersumbat kot.. “
” Sebijik mcm aku bergaduh dgn google dan siri dalam kereta dan kat rumah.. penat la hari hari macam ni.. tinggi betul kesabaran kak shiera.. “
” Jenuh lah, akak Shiera dengan google pun gaduh, lawak betul.. rasa nak hempuk je Google tu haha.. pusing sana pusing sini akhirnya faham pun berjaya times square.. “
” Haha sakit perut ketawa.. kelakar lah kak shiera ni. comel je.. google memang dah tua kak.. lempang dia sikit kak haha.. “
” Asal gugel akk tu lembab beno, saya jenuh nk dgr apa akk ckp, sbb setiap Kali akk ckp hi gugel, hp saya yg auto navigate.. akhirnya ‘BERJAYA’.. “
Lawak sungguh melihat reaksi Shiera itu, punya lah susah hendak memahamkan yang dirinya mahu ke Berjaya Times Square. Apa-apa pun, video ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca yang menonton video ini turut terhibur melihat telatah Shiera itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiera Ijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen