Artis / Selebriti
” Shanome is so cute, few years later dah nak sama tinggi mummy.. ” – Netizen
Video Terbaru Ella Bercuti Bersama Suami Dan Anaknya, Shanome Az Zahra Yang Kini Sudah Berusia 5 Tahun Raih Perhatian Peminat. Alahai Dah Besar Si Comel Ni, Muka Dah Seiras Kapten Azhar. Nampak Tinggi !!
Mungkin ramai yang tahu ratu rock Malaysia, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin pernah mengumumkan yang dia dan suami, Kapten Azhar telah mengambil seorang anak angkat perempuan beberapa tahun lalu.
Diberikan nama sebagai Shanome Az Zahra, kanak-kanak ini diberikan penuh kasih sayang oleh Ella. Bahkan jelas kelihatan kini kehidupan rumahtangga penyanyi kesayangan ramai ini bertambah bahagia dengan kehadiran si comel ini.
Meninjau di akaun Instagram, Ella ada berkongsi satu video terbaru yang memaparkan Ella tberada di bandar Muar, Johor dan sedang menikmati sarapan di sana. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah suami dan anaknya.

Semestinya perkongsian tersebut telah mencur1 perhatian netizen. Jarang-jarang berkongsi perkembangan anak tersayang di media sosial, ada yang menyatakan Shanome sudah kelihatan besar dan tinggi.
Tonton video di bawah ini :
https://www.instagram.com/p/CZ3t8SQJ-Tj/
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Ella itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Shanome so cute , few years later dah nak sama tinggi mummy. Kejap si kecil ni dah besar kan, hehee.. “
” Wahhh kak Ella di Muar area saya niii, alaaaa nk jumpa kak Ella, dh dekat tu. Best kan sarapan di Muar.. “
” Comel tengok Ella layan anak, cute bamb4m yer Shanome sekarang, muka dah macam daddy, dah besar pun.. “
” Suka tngk kak Ella, lembut orangnya, berbudi bahasa pulak tu. Happy family, selamat bercuti Kak Ella sekeluarga.. “
” Eh dah besar Shanome, tinggi betul kan, hehe. Seronoknya dapat makan-makan di Muar, semua makanan sedapa2 tau kt sana.. “
” Seronoknya tengok video Ella n family jalan2. Comel anak kak Ella. Alang2 Ella ada dekat Muar, singgah ke Batu Pahat lah.. “
” Terus rasa nak pergi Muor sarapan sate tengok video Kak Ella ni, hehe. Sarapan pagi makan satay kat Muor mmg heaven kak Ella.. “

Comel lah anak perempuan Ella ni, memang nampak tinggi walaupun baru usia 5 tahun. Apa-apa pun, semoga Shanome terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Ella dan Kapten Azhar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ella, Shanomes
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen

