Artis / Selebriti
” Sethy ingat asal cakap thank you je maksudnya dah boleh stop, haha.. ” – Komen Netizen
Video Anak Shila Amzah, Seth Uwais Menjaga Ubai Yang Sedang Sakit Buat Ramai Terhibur. Alahai Pandai Betul Seth, Siap Urut dan Picitkan Kepala Papa. Seronok Dengar Seth Berceloteh. Part Yang Ubai Suruh Seth Urut Kepala Tu Kelakar, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Shila Amzah, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anaknya iaitu Seth Uwais sedang menjaga bapanya, Ubai telah meraih perhatian ramai. Ubai kelihatan tidak sihat kerana mengalami demam panas.
Uwais nampak begitu menyayangi bapanya dengan mengurut tangan serta memicit kepala Ubai. Shila yang merakamkan video ini telah berbual dengan Seth dengan bertanya pelbagai soalan. Shila bertanya kepada Seth keadaan Ubai dan apa yang perlu dibuat.
Seth dapat menjawab segala pertanyaan Shila dengan begitu bijak. Shila berkomunikasi dengan Seth dengan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Seth boleh memahami kedua bahasa tersebut dengan baik dan menjawab dengan bijak.

Umum mengetahui yang Seth telah disahkan sebagai kanak-kanak Autism dan sejak itu keutamaan banyak diberikan terhadap Seth. Perkongsian video ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka dariapda warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan memuji kebijaksaan Seth :
” Seth….why u so adorable sayang aunty….dah sama sekarang muka Seth dan Papa Ubai…. dua beranak ni. Aunty doa kan semuga Seth selalu dalam lindungan Allah SWT, membesar dengan sehat, pintar dan membahagiakan Mama dan Papa.. “
” Smart kid lh seth. handsome betul. suka tgk muka seth. talk to our kid all the time so dia akan improve very fast.jgn berhenti berusaha demi anak2. insyaallah Allah permudahkn urusan kita.. “
” Pandainya Seth tolong urutkan papa dia hehe.. MasyaAllah… Allah Maha Hebat… Pandai sgt dah Seth.. Terharu tgk perkembangan Seth .. “
” Pandainya Sethy… Mamanya Sethy pon pandai melayani Sethy. Can’t help but love this boy Hope yr papa gets well soon.. “
” Get well soon papa.. so clever seth ya.. SyafakAllah buat Ubai.. comel Seth temani Papa yer, Good Boy Dear. Seth… don’t hug papa… papa sick okay.. “
” Muka syahdu kena urut kepala comel betul.. Hahaha gerammm.. Cepat sihat ye Papa. Nanti Seth tak ada kawan sembang…. “
” Sethy ingat asal ckp thank you je maksudnye dah boleh stop ahahaha… lenkali papa ckp thank you lepas 5min Sethy massage tau papa.. “
Alahai, comel sungguh mendengar Seth berceloteh. Shila juga seorang ibu yang rajin melayan dan berbual dengan Seth. Semoga Ubai cepat sembuh seperti sediakala dan semoga Seth membesar menjadi seorang anak yang bijak serta soleh. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

