Connect with us

Artis / Selebriti

” Seriuslah ingat bangla, rupanya Fikry. Menjadi wataknya.. ” – Komen Netizen

Video Fikry Ibrahim membawa watak sebagai warga Bangladesh buat ramai terhibur. Wah, menghayati watak sungguh. Penampilan dan cara bercakap pun sebijik macam mat bangla..

Pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim telah mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan watak yang cukup berbeza daripada kebiasaannya. Menrusi sebuah video yang dikongsikan dalam satu akaun Instagram bernama Libanglibufilm telah memaparkan Fikry membawa watak sebagai seorang warga Bangladesh

Ramai tidak menyangka yang Fikry mampu menjiwai watak tersebut dengan begitu baik. Fikry boleh bercakap dengan loghat seperti warga bangladesh dan tampil dengan memakai kemeja bercorak kotak-kotak serta berseluar jeans.

Menerusi video tersebut, Fikry sedang melakukan sesi penggambaran bersama pelakon, Nabila Huda dalam drama terbarunya. Penampilan wajah Fikry sudah memberikan satu bonus buat Fikry dan Fikry hanya perlu menghayati watak seperti warga Bangladesh sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang  menyatakan jika Fikry bukan seorang pelakon atau dikenali, penampilan wajahnya sahaja sudah cukup menunjukkan seperti mat bangla, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Ruangan komen dibanjiri dengan pujian daripada peminat yang memuji lakonannya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Nampak macam memang ni jiwa dia. Lepas tu teringat remy ishak pun pernah berlakon jadi bangla gak kan sebelum ni? Tak ingat dah tajuk sebab dah lama sangat .. “

” Dulu aku ingat dia ni bila berlakon watak yg jiwang² je, tp ada tgk satu telemovie tu aduhhh kelakar orgnya. Hahaha.. In character sgt ni watak bangla ni.. “

” To perfect. Bhaiya tgok pun ingat member dia. Hahaha helok sangat baiya ni . Kmain bulu2 pink yg blkg. dgn abilll ..memang pecah perut la jawab ya.. “

” Cinta Satu Malam! Mcm hanat! Blh wehhhhhhhhh dia bwk watak tu!! Berdekah akak ketawa!.. Klau tak kenal fikry mmg akan ingat bangla betul2.. “

” Nampaknya die btul2 menjiwai watak yg dh lama tggu ni..  Abang terlalu bangla dari bangla. Mantaap dia kalau jadi Bangla  hahaha bila nk tayang ni xsabaq . “

” Sekali feeling nampak sama..mantap lakonan. betul kan side mirror lepas tu keluar kepala belakang hahahahs.. Elok jugak artis mesia kita ni muka mix2…xyah amik pelakon luaqq dahh.. “

” Mmg terbaek la ada rupa jadi warga bangla . Deyyyyy shakoor..kacang makan kasi betul laaaaa..apadaaaa. seriuslh ingt bangla rupanya fikry ..menjadi wataknya.. “

Dengan mutu lakonan yang konsisten dan sentiasa berani mencuba kelainan, tidak hairanlah jika nama Fikry Ibrahim terus kukuh dalam industri seni tanah air. Para peminat kini tidak sabar untuk menantikan tayangan drama tersebut di kaca televisyen.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Libanglibufilm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak