Connect with us

Artis / Selebriti

” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen

Video Thalita menyanyi secara live lagu Menamakanmu Cinta di majlis sambutan hari lahir Ammar Haikal. Gemersik sungguh suara Thalita, Thalita menyanyi dengan versinya tersendiri. Meremang dengar suara.. 

Ketika minggu final Talk To My Manager yang lalu, Thalita sepatutnya menyampaikan lagu Menamakanmu Cinta dalam segmen battle bersama Amad Dayyan. Namun sayangnya, kesihatan Thalita ketika itu tidak mengizinkan dan tempatnya digantikan dengan ibu Amad, Siti Sairah Taruddin.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Fz_photography, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita mendendangkan lagu ini di majlis sambutan ulangtahun kelahiran rakan TTMM yang juga anak kepada Ameng Spring, Ammar Haikal.

Impian warganet untuk melihat Thalita menyanyikan lagu ini kesampaian. Suara Thalita semakin merdu dan teknik nyanyiannya juga semakin baik. Lenggok Thalita yang seakan-akan arwah ibunya ini sedap didengar. Ramai di kalangan warganet memuji kehebatan suara Thalita.

Jika di awal kemunculan dahulu ramai yang mempersoalkan vokal Thalita dan mengatakan Thalita hanya menumpang populariti Siti Sarah, namun kini sudah terbukti, Thalita ada aura dan bakatnya yang tersendiri. Ramai yang bangga dengan Thalita yang sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya.

Jom tonton video di bawah :

@fz_photography

Thalita belanja lagu Menamakanmu Cinta dekat majlis birthday Ammar🎂@ammarlaaa._ @tatatintun #talktomymanager #ttmm #fyp #birthday #foryoupage

♬ original sound – FZ PHOTOGRAPHY STUDIO – FZ PHOTOGRAPHY STUDIO

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Since dia belajar vocal, improve sangat.. Siapa dulu cakap suara Thalita tak bagus, sekarang memang meremang dengar suara dia.. “

” Suara cantik, wajah cantik, budi bahasa cantik, semua ada pada Thalita. Alhamdulillah.. tak puas dengar suara Thalita.. dia ada aura.. ” 

” Suara dia betul betul vibes arwah siti sarah .. asl dgr dia mnyanyi.. best btl dgr.. goodjob thalita .. makin lama makin power suara diaa.. “

” Beza sgt dr mula2 dia start nak menyanyi dgn sekarang… aritu tak sempat thalita nak nyanyi lagu ni kat ttmm.. macam amad jugak ni, buka mulut terus ke jiwa.. “

” Serious sedap, finally dapat dengar dekta nyanyi lagu ni.. next time duet dengan amad pulak okayy.. dia da brani.. takde da nervous2 macam mula2.. gud job dekta.. fly high.. “

” Thalita ada trademark dia sendiri. Gerak jari ikut tempo.. sampai ke jiwa. bila last dekta lompat2 tu tersedar, dia masih kanak2.. 12 tahun tapi punya suara yang wow… amazing girl.. “

” Thalita ada lenggok profesional dpt dia kuasai, walpon umur remaja, mcm amad sama suara merintih mendayu.. “

Mantap sungguh suara Thalita sekarang, terlalu banyak improvement yang Thalita tunjukkan berbanding awal kemunculannya dahulu. Pada usia 12 tahun, tone suara Thalita sudah semerdu ini. Kelak pasti akan sehebat suara ibunya. Apa-apa pun, semoga Thalita berjaya mencapai impiannya bergelar penyanyi popular.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fz_photography

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak