Artis / Selebriti
” Sensitif dengar lagu ni, auto rasa sebak. Banyak iras Sudirman, Atai ni.. ” – Netizen
Video Anak Saudara Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Atai Mendendangkan Lagu Popular Sudirman Raih Perhatian Ramai. Sama Betul Dengan Suara Sudirman, Muka Pun Copy Paste Sangat. Sedih Dengar Suara Atai Tu, Penuh Kesedihan !!
Nama Allahyarham Sudirman Hj Arshad antara lagenda yang masih menjadi sebutan dan kebanggaan negara. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanahair dan Sudirman adalah permata yang tiada galang gantinya.
Meninjau akaun Tiktok Razmanazraizainud, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak saudara kepada Sudirman iaitu Atai mendendangkan lagu popular Sudirman berjudul Pelangi Petang. Bagi yang tidak mengetahui, Atai adalah anak saudara paling rapat dengan Sudiman dan selalu bersama Sudirman dahulu.
Wajah Atai masih sama seperti dulu, tidak banyak berubah dan masih kelihatan baby face walaupun usianya masih meningkat. Raut wajah Atai yang saling tak tumpah seperti Sudirman ini membuatkan ingatan warganet mengimbau zaman kegemilangan Sudirman.

Tidak hanya wajah yang sama, suara Atai juga banyak menyamai suara Sudirman. Alunan suara Atai ini mengubati kerinduan warganet dan ada di kalangan warganet yang menyangka Atai adalah Sudirman dek kerana wajah dan suaranya copy paste itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@razmanazraizainud
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terkejut tgk eh mcm sudir.. rupanya atai.. patut pun suara pun mirip.. nyanyilah kembali lagu2 dia.. ”
” Tgh minum² kt Mahbob Bangsar, sekali dgr suara mcm arwah sudir kat belakang, trs toleh sbb ingatkan arwah sekali tgh atai dgn kwn (indian tak silap). Punya lama sya pandang atai, sampai dia notice.. ”
” Abang atai.. muka tetap baby face. Auto teringat arwah Dato Sudirman. sebijik sama muka Atai dengan bapa saudara.. ”
” Tetiba atai muncul kembali… teringat dekat arwah sudirman bila tengook atai.. muka yang sama, suara pun serupa lenggoknya.. ”
” Sesekali dengar atai bawa lagu arwah terubat rindu dgn lagu pelangi petang.. Terimakasih atai.. ”
” Terus terbayang wajah arwah sudirman. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yg beriman. aamiin.. ”
” Sensitif dengar lagu ni.. auto rasa sebak.. banyak iras Sudirman Atai Ni.. dapat rasa kehilangan itu, sbb atai dgn bapa sedaranya sgt rapat. saya baca kisah atai dlm bas dan berselisih dgn lori yg bawa jenazah. sedih betul.. ”
Suara Atai menyanyi dengan penuh penghayatan itu membuatkan warganet merasa sebak. Peninggalan arwah Sudirman yang masih ada dan sedikit sebanyak suara Atai menjadi pengubat rindu. Semoga Atai terus sihat dan sentiasa dalam lindungannya selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Razmanazraizainud
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen




