Artis / Selebriti
” Sengal Aboy. Penat la Asha jadi bini dia ni haha.. ” – Netizen
Video Harris Anuar Mengusik Isterinya, Asha Merican Dengan Memberikan Hadiah Anniversary Buat Warganet Terhibur. Mana Asha Tak Cuak, Hulur Kotak Siap Ada Bunyi Lagi. Berlari Tak Cukup Tanah Si Asha. Nakal Sungguh Lah Aboy, Kesian Asha. Haha !!
Harris Anuar atau lebih dikenali sebagai Aboy sememangnya seorang yang suka menyakat sesiapa sahaja di sekelilingnya. Sebelum berkahwin dahulu, kawan-kawan rapat dan mommynya, Kak Ton yang selalu menjadi mangsa usikannya.
Kini apabila sudah berkahwin, giliran si isteri pula yang kena sakat dengan Aboy. Meninjau akaun Instagram Harris Anuar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aboy menyakat Asha dengan memberikan hadiah ulangtahun perkahwinan.
Dapat dilihat, Aboy meletakkan sebuah handphone dalam kotak yang mana handphone itu dimainkan video katak sedang berbunyi. Dengan muka nakalnya, Aboy membawa kotak itu dan menghulurkan kepada Asha yang sedang berbaring di atas katil.

Asha yang mendengar bunyi katak itu pantas menolak kotak tersebut dan berlari masuk ke bilik wardrobe. Ketawa suka hati Aboy melihat reaksi Asha itu sambil merakam gelagat isterinya. Dapat suami suka mengusik macam ni, memang penat lah ketawa tak berhenti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Aboy ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aboy Aboy tak habis nakal ye haha.. ” – Kak Ton
” Aboyyy hahaha, nakal la. Aku duk ulang-ulang video ini sebab nak tengok muka ngeri wife dia haha.. ”
” Penat la Asha Merican jadi bini dia ni haha. Suami yang menakutkan.. kalau aku dah tahu laki suka pelik-pelik, memang aku pun lari macam ni haha.. ”
” Hahah kalau aku jadi Asha pun, memang aku campak jauh-jauh kotak tu. Tobat tak nak bukak haha.. ”
” Sengal Aboy haha.. Dulu teringat aboy slalu pekena mak ton, dgn tajuddin.. sekarang dia pekena bini dia plak.. ”
” Haha jarang tak buat hal el haha. Ali Set4n 4 ni haha.. Kesian Asha sampai menyorok dalam almari.. ”
” HAHAHHAHAA tempat paling selamat bila harris suka nak mengusik bini dia.. lari masuk dlm almari haha.. ”
” Bertabah lah Asha haha. Kalau aku pun tak nak.. nasib baiklh wife dia tak baling kotak tu kt luar rumh.. ”
Tentu rumah Aboy dan Asha ini tak sunyi dengan gelak ketawa kerana suaminya kaki menyakat. Lawak tengok reaksi spontan Asha tu. Tak tahu nak kesian ke nak gelak. Apa-apa pun, itu semua hanya lah sekadar gurauan Aboy untuk Asha dan semoga pembaca juga terhibur melihatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Anuar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



