Artis / Selebriti
” Sempoi Aaisyah keluar dengan daddy, tak makeup pun. Selalu dia macam mak datin, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Zain Saidin Membawa Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Keluar Shopping Baju Bundle Raih Pujian Ramai. Cantiknya Aaisyah, Simple Tanpa Makeup. Tak Perlu Mall Besar, Pergi Kedai Bundle Pun Aaisyah Dah Happy. Seronok Betul Aaisyah, Sampai Rambang Mata !!
Anak perempuan kepada pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana antara anak selebriti yang sering menjadi perhatian ramai. Walaupun masih kecil, Aaisyah begitu obses dengan barang-barang makeup dan setiap kali shopping bersama Che Ta, pasti ada sahaja permintaan alat solek baru yang diminta oleh Aaisyah.
Namun lain halnya pula jika Aaisyah keluar bersama Zain. Menerusi akaun Tiktok Zain Saidin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zain membawa Aaisyah ke kedai bundle untuk mencari baju overall. Baju ini jarang didapati di mall-mall besar dan bundle adalah pilihan yang terbaik dan banyak pilihan.
Tanpa sebarang solekan, Aaisyah kelihatan seperti kanak-kanak biasa seusia dirinya. Memetik komen warganet, Aaisyah seperti mempunyai 2 perwatakan berbeza. Jika bersama Che Ta, cenderungnya lebih ke arah kecantikan tetapi apabila bersama Zain, pemakaian Aaisyah kelihatan lebih santai.
Gembira Aaisyah memilih baju yang diinginkan. Sambil itu, Aaisyah juga mengambil peluang untuk melihat barang-barang lain yang ada di kedai bundle tersebut antaranya adalah kasut. Lumrah perempuan, ada sahaja yang berkenan di mata tetapi sayangnya tiada kasut yang sepadan dengan size Aaisyah.
Jom tonton video di bawah :
@zainsaidin23 Pergi nak beli baju je asalnya tapi kompom terjebak tgk benda2 lain kannnn.. sape lagi selalu kene macam ni??? Biasalah demi isteri anak2 tercinta macam tu la #perfume #fyp #dungun
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dengan mommy kene pau sephora, dengan daddy elok je pergi bundle haha.. zain ajar aisyah hidup macam kanak2 biasa . tiada glamour dan populariti . membeli di pasar , beli mainan murah, buat aktiviti mcm budak2 sebaya dia.. ”
” Kalau dengan bapak, watak sebenar muncul. Kalau dengan mak, yang tu alter ego dia haha.. comel aisyah ni… ada dua perwatakan… dgn mummy lain, dgn daddy lain.. ”
” Aaishah ni pandai adapt bila dgn mami/daddy nya. dengan mommy kalo x vogue, xsah. segan xde make up. cakap utagha. kalo ngan paknya, simple je pakai, xmekap pun xpe. auto speaking.. ”
” Dengan pak dia semua buleh. dengan mak kaa vogue nauu.. Jadi selama ni, Aaisyah yg layan Karenah mak bapak dia.. Anak yg baik.. tapi lagi comel kwn ngan bapak.. ”
” Best tengok Ecah jdi budak2. Sllu tengo dia mcm mak datin hehe. Sempoi aisyah keluaq dgn daddy.. hahaha nampak enjoyyyyy tu.. ”
” At least dgn bapak dia blh jadi bdk2 biasa. kalau dgn mak, haaa mampuihhhh kena segak 100%.. ni baru la nmpk muka aisyah klu x byk filter.. bru nmpk comey mcm kanak2.. ”
” 2 personaliti yaa budak kecik ni haha.. dengan ayah dia lain, dengan mak dia lain.. Zain mmg awesome. humble down to earth.. ”
Aaisyah anak yang pandai melayani mummy dan daddynya. Berbeza caranya tetapi Aaisyah tahu apa yang perlu dilakukan apabila bersama daddy dan mummynya. Semoga Aaisyah ceria selalu, menjadi anak yang solehah untuk Zain dan Che Ta serta insan yang selalu merendah diri.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zain Saidin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen