Connect with us

Artis / Selebriti

” Sempat abang ki ss adik dia, lepas tu kena lepuk pula. Comel lah.. ” – Komen Netizen

Video gelagat anak Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam memakaikan jaket kepada adiknya, Sumayyah raih perhatian ramai. Alahai, sweet betul Syaikhul ni. Tapi part last tu bukan main garang Sumayyah. Nasib abangnya penyabar..

Menerusi akaun Instagram SyaikhulSumayyahOfficial, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Puteri Sarah Liyana ketika mereka bercuti di luar negara telah meraih perhatian ramai. Pada masa ini mereka sekeluarga bercuti ke Jepun.

Video yang berdurasi beberapa saat ini menunjukkan betapa Syaikhul seorang abang yang penyayang dan penyabar. Syaikhul sedang cuba memakaikan jaket dengan kemas kepada adiknya, Sumayyah. Ini bukanlah kali pertama Puteri Sarah berkongsi sikap baik si abang.

Walaupun audio video tersebut diletakkan muzik, namun dapat dilihat mulut Sumayyah tidak berhenti bercakap. Manakala si abang tetap fokus membetulkan jaket si adik. Apabila selesai, Syaikhul terus menci um Sumayyah tetapi dibalas dengan pukulan pula.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Syaikhul bukan sahaja seorang abang yang penyayang dan penyabar tetapi juga nampak sangat bertanggungjawab menjaga adiknya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Sempat abg kiss adik dia erk pastu kena lepuk lak comelll laaa.. alahai, alololo .Abam..siannn..kena tepuk DG mayyah.. “

” Abg dia kiss dia . Dia pkul abg dia bertuah pnya mayah.. Wowww holiday lagi sweetie.. Untung korang boleh holiday luar negara.. “

” Sweet tul abg adik ni. Comelnya kesayangan Ladyboss .. Abg ni bagus lah..sgt sayang adik.. semoga sampai besar nanti berkasih sayang yer.. “

” Alololor comelll laa abg n adik.. Masyaallah Tabarakallah so cuteee both of u.. ciri2 seorang abg yg bertanggungjawab.. Happy holiday psl n family.. “

” Hahaha comeiii dua beradik ni. Abang dia set high expectations for her future man. The princess treatment A+.. masya allah tabarakallah so nice syaikul.. “

” Ank sulong sy Pom penyabar jgak,tp bila adik dya no 2 buat Hal ksabarannya Pom hilang.. elok sarah didik abg syaikul. good job sarah.. “

” Syaikul ni elok kawin kn dgn ara anak Bella Astillah mesti makin tinggi kesabaran dia.. bagus abg… menolong… akhirnya.. “

Sikap anak-anak ini sebenarnya dibentuk menerusi suasana di sekelilingnya. Apabila ahli keluarga sentiasa menunjukkan sikap yang baik, itulah yang menjadi teladan buat mereka. Semoga kasih sayang antara kedua adik beradik ini berkekalan hingga dewasa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG SyaikhulSumayyah Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

The Originote Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak