Artis / Selebriti
” Semenjak Tok Ram kahwin, baru sekarang dapat tengok video dia bersama dengan Datin. Hikmah ada orang ketiga.. ” – Komen Netizen
Datin Alyah Muatnaik Video Keluar Bersama Dato’ Ramli MS Dan Anak Mereka, Nur Izzara Buat Peminat Tersentuh. Jarang-Jarang Dapat Tengok Video Tok Ram Macam Ni, Sisi Lain Tok Ram Di Sebalik Muka Yang Garang !!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Namun ada yang diuji dengan kesulitan untuk mendapatkan cahayamata. Di sebalik ujian yang Allah beri, Allah juga menyusun sesuatu yang indah untuk makhluknya. Begitulah yang dialami oleh Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS.
Allah mengirimkan si kecil bernama Nur Izzara sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Menerusi perkongsian Datin Alyah di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Datin Alyah dan Tok Ram keluar bersiar-siar bersama Zara.
Tulis Datin Alyah di ruangan kapsyennya, Zara adalah hadiah dari tuhan untuk mereka berdua. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat. Semuanya tepat waktunya kerana Allah maha tahu bila dan bagaimana. Warganet juga tumpang gembira melihat kebahagiaan dan wajah ceria Tok Ram dan Datin Alyah sejak adanya Zara.

Jika sebelum ini sangat susah untuk melihat video Datin Alyah bersama Tok Ram. Namun dengan adanya Zara, warganet dapat melihat kemesraan pasangan ini melayani anak mereka. Segalanya hikmah atas semua kejadian yang diaturkan oleh-Nya.
Jom tonton perkongsian video di bawah :
@alyah81official Hadiah dari tuhan 😘 tiada yg terlambat tiada yg terlewat.Semuanya tepat pada waktunya kerna Dia maha tahu bila dan bagaimana 🤲 #tokramzara #alyahzara #fyp #fypage #fypシ゚viral
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Very fatherly Too Ram. Dalam serious ada kelembutan hati terhadap anak-anak.. Suka tengok Tok Ram. Pandai gayanya menjaga baby.. “
” Zara dah macam muka ibu lah.. Baby cerdik dan pandai.. bertuahnya dato datin dan baby, sweet family.. semoga menjadi anak solehah.. “
” Comelnya Zara.. makin iras muka datin Alyah.. semenjak tok ram kawin baru sekarang dapat tengok video dia bersama dengan datin.. hikmah dah ada org ke3.. “
” Rasa muda apabila dapat baby, bertambah bahagia Dato dan Datin. Comel sangat baby. Muka pun semacam nak iras-iras dah.. “
” Mata dah pandai focus Zara.. comel sangat dia, bijak betul. seorng anak yang sangat beruntung.. punya daddy dan mummy tok ram dn aliah.. “
” Tok Ram ni penyayang sangat rupanya.. dia nampak garang tapi sebenarnya baik sangat.. “
” Masya Allah anugerah terindah.. comelnya semoga menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.. “
” Alhamdulillah nikmat Dr Allah yg maha kaya…. bahagia buat ibu ayah seindah salju… kiriman Allah.. bahagia sllu Aaminnn.. “
Allah sudah mengaturkan sebaik-baik perjalanan kehidupan untuk Tok Ram dan Datin Alyah. Kasih sayang Tok Ram untuk Zara menunjukkan sisi lain Tok Ram. Semoga Tok Ram, Datin Alyah dan Zara sentiasa dalam lindungan Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alyah Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


