Connect with us

Artis / Selebriti

” Semangat aku baca nak tengok Cik Man kahwin bila.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Di Atas Pelamin Sambil Memegang Bunga, Kapsyen PU Azman Mencuit Hati Peminat. Alahai Cik Man, Nasib Baik Baca Sampai Habis !!

Hasil tinjauan kami di Instagram PU Azman, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan PU Azman bergambar bersama pasangan pengantin di atas pelamin. Memaklumkan itu adalah perkahwinan kawan baiknya yang pernah belajar dalam batch yang sama dahulu.

Mengucapkan ucapan tahniah untuk sahabatnya bernama Apis, ayat di hujung kapsyen PU Azman pastinya disel1t jenaka. Umum mengetahui, PU Azman yang bergelar duda ini sehingga kini masih belum bertemu pengg4nti. PU Azman bermula sebagai pendakwah bebas dan dikenali setelah menggond0l gelaran juara di rancangan realiti Pencetus Ummah.

Semakin sibuk dalam karier lakonan, nama PU Azman menjadi pilihan pengarah untuk drama berbentuk keagamaan dan komedi. Selain lakonan, PU Azman juga aktif dalam berniaga antaranya produk makanan chocojar dan rendang.

PU Azman juga banyak berkongsi video yang berkisar tentang ilmu agama. Terkini banyak video PU Azman mengajar perkataan Bahasa Arab dengan menamakan videonya itu sebagai Jom Arab Sesikit. Banyak yang dikongsikan agar memberi manfaat kepada semua followers nya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Gambar dan kapsyen PU Azman ini mendapat respon daripada peminat. Saban tahun pastinya ucapan penutup tahun sama sahaja azam PU Azman ini. Antara komen-komen mereka :

” Semangat aku baca nak tengok Cik Man kahwin bila. Steady lah cik man. Semoga cepat bertemu jodoh.. “

” Insya’Allah cikman taklame dahh lagi tuh. Hahahaha comel je pegang bunga.. Semoga 2021 tahun jodoh untuk cik man … aamin.. “

” Asal hujung tahun je, ni caption dia. Haih cikman, calon bnyk tu. cikman je kot memilih hehe.. Cikman ni jual mahal sangat ni.. “

” Nasib baik baca hab1s,baru nak wish. Pvnchline ada di mana- mana lah cik man ni.. bior lambat asal selamat cik man.. “

” Caption terbaik, Ingatkan Cik Man segaknya Cik Man di belakang tu. tahniah cik man, sama la kita sambung single ke tahun 2021.. “

” Amik berkat, InnshaAllah 2021 cik man akan mengakh1ri zaman bujang pula yer. Comel je pegang bunga tu.. “

” Baru nak ucap tahniah kat cik man. Muka kwn cik man dh mcm cik man jugak.. Hampir nak tertuk4r siapa pengantin.. “

Alahai sempat lagi PU Azman sel1tkan jenakanya di hujung kapsyen. Pasti ada sahaja ayat PU Azman yang mencuit hati peminat. Apa pun, semoga tahun 2021 lebih baik untuk PU Azman dan ditemukan jodoh yang baik dan sempurna untuk melengkapkan hidup PU Azman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT