Artis / Selebriti
” Semalam, dapat juga kami tidur dengan baby Raess buat kali terakhir.. ” – Che Ta

Che Ta kongsi video kenangan bersama anak syurga Ayu Raudhah, Muhammad Aisy Al Raees buat ramai tersentuh. Comel sungguh baby Raees, seiras macam muka Ayu. Sebaknya tengok dan baca perkongsian Che Ta..
2 hari yang lalu, negara digemparkan dengan berita kematian anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah iaitu Muhammad Aisy Al Raees. Ia tamparan yang hebat kepada Zaquan dan Ayu kerana anak bongsu mereka itu baru berusia 6 bulan.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rozita Che Wan1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video kenangan baby Raees. Kata Che Ta, saban minggu mereka akan bertemu dan jika tidak Raees yang datang ke rumahnya, pasti Che Ta yang akan turun ke Seremban untuk bertemu baby Raees.
Kata Che Ta lagi, baby Raees adalah baby yang sangat baik, tidak meragam dan mudah dijaga. Wajah anak syurga ini meruntun hati semua. Baby Raees kelihatan sihat dan memiliki wajah yang sangat comel dan saling tidak tumpah seperti wajah Ayu.
Bukan hanya Ayu dan Zaquan yang terkesan tetapi juga seluruh keluarga Che Ta kerana mereka sangat akrab. Malah sebelum ini juga Che Ta pernah bercuti bersama Ayu dan kesemua anak-anak saudaranya itu termasuk baby Raees. Anak syurga yang akan menarik tangan kedua ibu bapanya ke syurga kelak.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rozitachewan1 Dlm galery fon mak ngah ni byk sgt gambar baby Raees . Setiap week end kalau Raees tk mai KD, mak ngah akan p Seremban .. Baby yg sgt baik , terlalu baik , luar biasa.. Mummy & Daddy sgt beruntung dikurniakan anak syurga ini ..pinjaman yg penuh kenikmatan #6bulan9hari Beruntung nya Ayu & Zaquan, 4 org anak2 syurga dh menanti disana .. Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba diatas dunia, namun membawa khabar gembira ria di alam akhirat , insyaAllah amin ya Allah π€²π» .. Smlm, dpt jgk kami semua tidor dgn baby Raees utk kali terakhir π’π’π’π’π’π’π’ . Selamat jalan anak syurga Damai lah mu disana sayangku π’π’π’π’π’π’π’π’ Muhammad Aisy Al Raees b Mohammad Zaquan Adha
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah muka ayu raudhah sebijik. Bermainla Di Taman syurga syg.. tarik la tgn ibu ayah Di Sana nanti.. “
” Pasangan Zaquan & Ayu Raudhah ni mmg suka n syg Sgt kanakΒ². mmg perit rasa rindu pada kesayangan yg tibaΒ² pergi.. moga kuat mereka berdua.. “
” Muka arwah macam muka mummy dia. semoga ayu Raudhah selalu tabah dengan ketentuan Ilahi.. untung ayu & zakuan.. jln mudah ke syurga.. “
” Sedihnyaa sejak dengar kes anak ayu nie saya jadi berjaga-jaga bila anak tido takut sangat.. “
” Seiras ibunya ayu.. bermainlah di taman syurga dengan aman ya sayang.. mesti terasa sangt sebab dia dah pandai main.. pandai senyum pandai gelak… moga ibu dah ayah dia kuat.. “
” Muka sebijik ayu raudhah.. semoga bertemu kembali dgn ibu ayah dkt syurga nanti yaa sayang.. Kita yg tengok pun sedih apalagi kalau kita kat tmpt mak bapa dia.. Syurga tempat mu nak.. “
” Anak syurga awak comel sangat sayang.. Kami yg hnya menonton pun rasa sedihnyaa.. sbb slu tgk live ayu.. vtt ayu.. ya Allah berilah kekuatan yg luar biasa pd ibu ayh ank syurga ini.. “
Sedih semua menonton video perkongsian oleh Che Ta ini. Walaupun cuma 6 bulan tetapi banyak memori indah yang baby Raees tinggalkan untuk semua dan ianya pasti akan dirindui selalu. Wajah yang cukup mendamaikan, bermain lah di taman syurga baby Raees.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuh berpeluh tengok reply Abang Long. Ni dah terang-terang, tak payah suluh-suluh lagi erk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa jantung macam nak luruh, you bayangkan anak kita doktor cakap macam tu.. ” – DS Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Fattah, Fattah, nak kahwin dah ? ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam .. ” – Ryzal Ibrahim