Artis / Selebriti
” Selepas arwah Siti Sarah, Ami orang kedua yang padu cover lagu ni.. ” – Komen Netizen
Video Adira Suhaimi Menyanyikan Lagu Agnes Monica Berjudul Rapuh Menyntuh Hati Ramai. Merdunya Suara Adira, Sedap Sangat. Penuh Penghayatan Dan Menusuk Sampai Ke Hati !!
Meninjau ke akaun Instagram Adira Suhaimi, perkongsian sebuah video yang memaparkan Adira Suhaimi sedang menyanyikan lagu berjudul Rapuh telah meraih perhatian ramai. Lagu ini merupakan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Agnes Monica.
Apabila mendengarkan lagu ini dinyanyikan oleh Adira dalam versinya yang tersendiri, ia cukup lunak dan menusuk ke kalbu. Ramai peminat memuji kemerduan suara Adira kerana sudah lama Adira tidak muncul dengan album barunya.
Ada juga yang bergurau dengan menyatakan yang Adira kini sudah kembali ke pangkal jalan kerana sebelum ini Adira banyak berkongsi video kelakar di akaun media sosialnya. Adira sememangnya memiliki tone suara yang sedap dan merdu.

Kebanyakkan lagu-lagu Adira sangat sedap didengari dan apabila Adira cuba menyanyikan lagu orang lain juga ia menjadi sebuah lagu yang cukup indah. Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Adira. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Boleh menyanyi, boleh melawak, boleh berlakon. Cantikkk. Apa lagii dia ni sume dia kaut . Dh la sora sedap, cantik, baik, love lahhhh.. “
” Apa ja ami cover semua siuk terus bakakai mau pigi mencari lagu ori.. Terima kasih kerana pulangkan penyanyi adira kami saya rindu suara dia.. “
” Finally kembali ke jalan yg benar ..back singing .. Semoga ada rezeki adira ada lagu baru n masuk juara lagu.. Harus kah ku kehilangan tuk kesekian Kali.. “
” Akhirnya , Ami kembali menjadi seorang penyanyi .. .. minat sangat suara adira.suhaimi .. Buat comeback sgn Hafiz Suippp.. “
” Cantik, lucu, suara bagus, perhiasan tebal2, anak2 pintar yaa Allah sempurna syekaliiii ka adira ini.. Ratu ost kembali.. “
” Ku rapuh tanpa dia seperti kehilangan arah.. Cantik, lucu, suara bagus, perhiasan tebal2, anak2 pintar yaa Allah sempurna syekaliiii ka adira ini.. “
” Adoiii sampai ke sini terasa, tak sedar menitik air mata ku ami adira.suhaimi. Selepas arwah siti sarahh.. Ami org kedua yg padu cover lagu niii.. “
Pastinya ramai peminat berharap agar Adira mengeluarkan album baru. Semoga Adira Suhaimi berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya sama ada dalam bidang perniagaan atau pun industri hiburan. Bakat nyanyian yang dimiliki Adira tidak dinafikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil

