Artis / Selebriti
” Selamat hari lahir mommy.. ” – Fattah Amin
Fazura Kongsi Gambar Jambangan Bunga Pemberian Fattah Amin Sempena Hari Lahirnya. Cantiknya Bunga Daddy Bagi Dengan Mommy Fatima. Sweetnya Ucapan Fattah, Semoga Ada Sinar !!
Hari ini tanggal 27 September merupakan tarikh lahir pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura. Semua sedia maklum, Fazura atau pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pada 13 September yang lain, sehari sebelum hari lahir Fattah.
Sambutan hari lahir Fazura bersama keluarga mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun, menerusi perkongsian di Instagram Story milik Fazura, telah dikongsikan gambar jambangan bunga berwarna putih dan merah jambu beserta dengan sekeping kad ucapan.
Menerusi kad itu, tertera ucapan ” Mommy, selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya, (daripada) Daddy.. “

Imbas kembali, pasangan ini telah 7 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama, Nur Fatima Aisya. Kini Fatima sudah berusia hampir 4 tahun dan bakal menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun pada 2 Oktober akan datang.
Ikuti perkongsian di bawah :

Untuk rekod, Fattah enggan melafazkan talak ketika sebutan permohonan cerai baru-baru ini. Semoga ada sinar untuk keluarga ini. Sama-sama kita mendoakan kebaikan untuk Fattah, Fazura dan juga anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Di kesempatan ini, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir untuk Fazura. Semoga pada hari ulangtahun kelahiran tahun ini, Fazura diberikan kegembiraan dan ketenangan serta semoga semua urusan Fazura dipermudahkan oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nur Fazura, IG fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

