Artis / Selebriti
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Ramli MS menyakat anak Nabil Ahmad, Naira Mikayla ketika Mikayla menemubualnya buat ramai terhibur. Dari awal sampai habis Tok Ram tak berhenti menyakat Mikayla. Sempat lagi Tok Ram tanya pasal telinga. Adui lah Tok Ram, haha..
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad iaitu Naira Mikayla, telah menjadi perhatian ramai apabila Mikayla memberanikan diri mencuba bidang pengacaraan dalam program realiti The Chosen One Xtra sebagai support sister.
Meninjau di akaun TikTok milik bynsaaa, telah dikongsikan video yang memaparkan Mikayla sedang menemubual Dato’ Ramli MS sebagai juri jemputan di rancangan Talk To My Manager. Menerusi video itu, beberapa soalan diajukan oleh Mikayla kepada Dato’ Ramli atau mesra disapa sebagai Tok Ram.
Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah Tok Ram tidak henti-henti menyakat Mikayla. Seloroh Tok Ram, melihat wajah Mikayla mengingatkan dia kepada Nabil. Sempat Tok Ram bertanya kepada Mikayla adakah telinganya juga besar seperti Nabil.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Komen warganet, wajah Mikayla saling tak tumpah seperti bapanya. Dalam masa yang sama, warganet turut memuji kecantikan Mikayla yang kini baru sahaja berusia 13 tahun. Video Mikayla menemubual Tok Ram telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@bynsaaa hahaha tokram jumpa anak nabil #fyp #talktomymanager
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai telatah Tok Ram menyakat Mikayla dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rokram ni mcm atok atok yg dkt kenduri yg aku takut nak jumpa. Ada je nk jd bahan, hahaha.. Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha..
” Dulu seram betul tengok TokRam. Sekarang ni asyik tertunggu dia nak bercakap kat mikrofon. Makin seronok riang ria.. “
” Suka gila show ni, konsep dia tu best, paling best ttibe dia invite Alif Syukri n family jadi host hahaha. Ni program paling santai and fun fun laa.. “
” Weh semenjak dia join geng bapak2 tu, tok ram tak lagy menyeramkan ye, hehe, btw ada tk dkt sini working adults nak belajar mandarin secara percuma.. “
” Anak Nabil ni fosostat muka nabil terus.. Cuma pakai tudung dan mekap je. Anak-anak lain semua muka isteri, cantikk.. “
” Nabil Ahmad junior versi girl.. Cute.. Sbijik bapak.. Tokram bapak angkat nabil auto tok angkat die.. So takde hal gurau gitu.. “
” Karetor pon mcm bapak dia.. Tokram mcm da lama dendam, slalu bapak kau bahan aku kan.. Hahaha, kali ni memang kelakar.. “
Part last sekali, sempat Tok Ram bertanya adakah Mikayla pandai menyanyi. Selalu kita tengok Nabil suka menyakat Tok Ram, tetapi kali ini peluang Tok Ram pula menyakat anak Nabil. Apa-apa pun, semoga urusan Mikayle sebagai support sister akan dipermudahkan sepanjang program ini berlangsung.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bynsaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

