Artis / Selebriti
” Sekarang baru saya betul betul faham apa erti ‘Akan ada pelangi setelah hujan’.. ” – Bella Astillah
Luahan hati Bella Astillah sempena hari lahirnya raih perhatian warganet. Dalam tawa terselit duka Bella mengenang kisah lalu. Part ucapan khas untuk Abang YB tu sweet sangat. Lori gula tumpah ke ni Bella, hehe..
Kehadiran tanggal 15 Mac tahun ini dirasai cukup berbeza untuk Bella Astillah. Tarikh hari kelahirannya itu membawa seribu kebahagiaan yang tidak Bella jangkakan. Selepas diraikan di Muar bersama kedua ibu bapa YB Syed Saddiq, Bella sekali lagi dikejutkan dengan sambutan oleh keluarganya pula.
Ianya dirancangkan dengan teliti oleh YB Syed Saddiq tanpa pengetahuan Bella. Menerusi perkongsian terbaru Bella di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu luahan hati Bella berserta gambar-gambar kenangan yang diciptakan mereka bersama.
Bella memanjatkan rasa syukurnya kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik hati. Ini hadiah yang cukup bermakna untuk Bella. Jika tahun lalu, Bella menangis kerana kisah hitam yang melanda kehidupannya. Bella juga ada berkongsikan video yang menunjukkan betapa dia down tetapi Bella bertuah kerana ada sahabat sejati yang setia di sisi.

Tahun ini Bella menangis lagi tetapi bukan kerana sedih tetapi terlalu gembira. Benar kata orang, selepas hujan pasti ada pelangi. Begitu juga kehidupan, Allah menguji Bella dengan pasangan dan Allah jua yang menemukan Bella dengan kebahagiaan pada hari ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Lebih 100 ribu tanda suka dan 3000 komen direkodkan untuk perkongsian oleh Bella ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Happy Birthday, Bella! You deserve all the happiness in this world. May Allah bless you with a life full of barakah and goodness.. ” – Neelofa
” Happy Birthday Bella sayang. Semoga kekal bahagia selamanya. strong woman, U deserve all the happiness.. “
” Bella adalah bukti ada ganjaran yang lebih baik disebalik setiap ujian yang Allah berikan..Happy birthday & stay happier.. “
” Happy birthday Bella, semoga Allah merahmati segala usaha dan kejujuran u. You really deserve all the happiness now. sedih gembira tengok u sekarang.. “
” Bella … You deserve to bloom , in every season and every chapter of your Life.. U deserved it.. Happy Birthday Bella Astilah . I lovee yoU.. “
” Alhamdulillah… “akan timbul pelangi selepas hujan” berbahagialah Bella sayang,disamping keluarga tersayang, dan tersayang.. “
” Love you bella, ayat last tu power. Always believe in that happy birthday bella sayang.. You’re my ironman and i love you 3000 – BASS.. “
” Happy meaningful birthday bella,, Allah always by urside..such a kind person like u. Wish u all the best and good luck for grumpy munchkin.. keep inspired.. “
” Bella , kamu tau kaa.. ubchatgpt & grumphymuchkin ni bukan seja menyatukan keluarga kamu kawan2 kamu sahabat2 orang sekeliling kamu.. “
Kegembiraan yang Bella rasai sekarang turut dirasai oleh semua peminat Bella. Mungkin kehadiran Ubchatgpt menceriakan kembali hari-hari Grumphy Muchkin. Apa-apa pun, semoga Bella success selalu dan berbahagia sentiasa bersama ‘Abang’ tersayang, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen

