Artis / Selebriti
” Sekali imbas ada iras arwah Sarah. Seakan suara arwah time muda.. ” – Netizen

Video Aufa Hanie Menyanyikan Lagu Saat Hilang Cintamu Yang Dipopularkan oleh Arwah Siti Sarah Raisuddin Buat Warganet Tersentuh. Merdu Sangat Versi Aufa Ni. Penuh Penghayatan, Sampai Ke Hati !!
Meninjau ke akaun Instagram Era. je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Aufa Hanie menyanyikan lagu Saat Hilang Cintamu yang dipopularkan oleh Siti Sarah Raisuddin telah meraih perhatian ramai. Versi Aufa ini sangat merdu dan sedap didengar.
Ada menyatakan nyanyian Aufa ini kedengaran hampir sama dengan nyanyian penyanyi asalnya dan ia membuatkan warganet mula merindui arwah Siti Sarah. Kemerduan suara Aufa membawakan lagu ini juga membuatkan warganet rasa tersentuh hati dan sedih.
Untuk info, Aufa merupakan penyanyi baru dan pernah menyertai beberapa program realiti seperti I Can See Your Voice Malaysia, Vokal Mania dan Big Stage 5. Walaupun tidak pernah bergelar juara, Aufa sememangnya berbakat dalam nyanyian dan pernah mendapat pujian daripada Ajai.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Aufa juga pernah melancarkan single pertamanya berjudul Geming Jiwa pada tahun 2022. Ada juga menyatakan Aufa seiras Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Aufa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah.. sedap suara dia.. Sekali imbas ada iras arwah sarah.. lembut je muka dia. Suara pun lunak.. “
” Hopeee sgt Aufa ada lagu baru yang best ballad mcm ni . Dont give up aufahaniee .. i m your new fans since BigStage.. “
” Sebakkk nye rindu nya dkt arwah sitisarahraissuddin dulu selalu tunggu dia buat video2 masak Al Fatihah.. Muka iras dato shafinaz.. “
” Uissshhh.. Meremang plak dgr dia nyanyi lagu ni.. Seakan suara arwah sarah time muda. niceeee nak liveband yg nice juga utk event? boleh roger kami.. “
” Aufahaniee ni memang suara sedap. aunty follow you tau. koeang pegi la tengok nyanyian dia yg lain. sedap telinga dengar.. “
” Please dont give up aufahaniee . Keep on singing. Dont stop. InsyaAllah someday ada rezeki..please anybody buatlah lagu yg sgt sedap utk aufa..dia ada bakat besar.. “
” Rupa pun akan2… Tone aufa best.. Fuh seakan arwah siti sarah.. rindunya dengan arwah.. cantik aufa ni.. suka tengok dia.. “
Alahai memang merdu nyanyian Aufa ini dan ia mengubati rindu peminat arwah Siti Sarah. Semoga Aufahanie terus berjaya membina karier dalam industri muzik tanahair dan melebarkan sayap lebih jauh lagi. All the best buat Aufa, teruskan berkarya dan menghiburkan peminat semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra