Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekali aku pun blushing tengok. Sweet sangat lah Que, sampai malu-malu Fazura tau, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Que Haidar melayani Fazura dengan membantu mengambil air raih perhatian ramai. Wah sweetnya Abang Jamil, blushing teruk Kak Jamilah tau. Sampai bersorak semua yang ada kat situ, hehe..

Meninjau di akaun Instagram milik Jakel, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan beberapa orang duta jenama tersebut sedang menjalani sesi penggambaran bagi video promosi pakaian raya. Suasana di lokasi penggambaran dilihat cukup meriah dan santai.

Namun begitu, tumpuan ramai kepada telatah pelakon Que Haidar yang tampil dengan sikap bersahaja dan mencuit hati. Menerusi video berkenaan, Que dilihat melayani rakan selebritinya, Fazura dengan cara yang cukup sopan dan penuh perhatian.

Que dilihat membantu mengambilkan air untuk Fazura dengan menuangkan air ke dalam gelas sebelum membawanya terus kepada aktres tersebut. Layanan itu membuatkan Fazura kelihatan sedikit malu-malu dan sempat menutup separuh wajahnya menggunakan selendang.

Reaksi spontan Fazura itu nyata mengundang senyuman, bukan sahaja daripada penonton di media sosial malah rakan-rakan selebriti yang berada di lokasi penggambaran. Mereka turut bersorak dan mengusik sehingga menjadikan suasana semakin riuh dan ceria.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sekali aku pun blushing tengok. Sweet sangat lah Que, sampai malu-malu Fazura tau, hehe.. Ni kami approve kalau jadi, ehehe.. “

” Happy to see Faz happy dgn kwn2 yg positive dan happy. Moga ceria selalu Faz dan all the kawan2 semua.. lOVE YOU FAZ.. “

” Jakel ni dah jadi macam tempat baituljannah pulaKk, hahahahahha semua nak ditemukan nye jodoh.. Emmm harap2 yang ni pun menjadi ler, hehe.. “

” Dia jgn tau kacau2 jadi betul ahhaha.. Yamma dah dapt mainan dari Que .. Momy dpt ayaq yg dituangkan Que, hehe.. “

” Sweet nye.. Lahaiiiii yang last sekali tu pun kemain ekkk hahahaha meminta betulll.. Sekali aku senyum ketawa ni.. “

” Ishhh kalau macam ni gayanya, last2 takut melekat je, hehee.. Rasa2 Que ni minta dengan Fazura lah, tengok pun dah tahu.. “

” Effort itu penting.. Buat rasa diri seorang wanita itu di sayangi dan di hargai.. Walaupun setakat ambil kan air tau kami wanita sangat menghargai.. “

Ramai yang terhibur dan tidak ketinggalan mengusik bahawa Que dan Fazura kelihatan sepadan. Malah, ada yang memuji kesungguhan Que melayani Fazura dengan penuh adab. Apa-apa pun, gelak tawa yang tercetus jelas memperlihatkan hubungan baik antara semua duta yang terlibat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jakeltextile

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak