Artis / Selebriti
” Sejuk je tengok muka Eja, bersih dan masih cantik seperti dulu.. ” – Netizen
Video Eja Saifuddin Menjelaskan Sebab Meninggalkan Kerjaya Seni Raih Perhatian Warganet. Oo Patut Lah Eja Nekad Buat Keputusan Macam Tu, Perlukan Pengorbanan. Umur Sudah 50an Tapi Eja Masih Kekal Cantik Dan Anggun !!
Pasti ramai yang merindui lakonan dan wajah penuh kelembutan milik pelakon cantik, Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Eja ini. Mengimbas kembali populariti Eja, dirinya mula meraih perhatian menerusi game show Roda Impian dan pernah membintangi beberapa filem dan drama.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah berkongsi menjemput Eja menerusi rancangan Borak Selebriti. Menerusi rancangan ini, Eja telah berkongsi beberapa kisah termasuklah sebab dirinya men1nggalkan kerjaya seni saat namanya meningkat popular.
Eja mengambil langkah men1nggalkan kerjayanya atas sebab untuk membesarkan anak tunggalnya iaitu Nur Eishal dan keluarga. Walaupun banyak tawaran yang diterima oleh Eja ketika itu, tapi fokus utama Eja adalah keluarga. Selain itu, Eja juga berkongsi ketika menjadi pengacara rancangan Roda Impian.

Kongsi Eja, ketika mahu menjadi pengacara dan orang yang diberikan tugas untuk membuka kotak huruf, dirinya perlu hadir ke audition. Akui Eja lagi, bayaran ketika menjadi pengacara rancangan tersebut begitu lumayan ketika itu. Perkongsian video temubual Eja ini telah menarik perhatian warganet.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Sehingga kini, posting mengenai Eja telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Baikk sgt orgnya Kak Eja ni.. Masa aktif berlakon dlu cantik sgt, skjap masa blalu dh 50an still cantik & anggun.. Semoga Kak Eja sentiasa sihat2 slalu.. “
” Semoga Allah sentiasa melindungi serta merahmati eja dan keluarga. Mmg minat dr dulu tgk Eja berlakon, lembut je cara cakap.. “
” Pengorbanannya sama seperti ibu saya dahulu.. Seorg nurse yg sudah berpangkat ketua midwife pada waktu itu, juga berhenti kerja terus setelah saya darjah 1.. “
” Masih cntikkkkkk mcm dulu.. Terbayang Eja jadi pengacara.. Rindu betul dengan lakonan Eja satu masa dahulu.. Moga baik2 buat Eja.. “
” Roda impian best program ni teka huruf.. Hahaha memang salah 1 rancangan Tv diminati ramai dolo2.. Best sangat tau.. “
” Masih cantik & anggun Eja ni.. Saya salah seorang peminat Eja hingga sekarang.. Suka dengar perkongsian kisah Eja.. “
” Mcm muka Noorkumalasari lah Eja bila pakai kaca mata besar macam tu.. Sejuk je tengok muka Eja, bersih dan masih cantik seperti dlu.. “
Biarpun tidak lagi mewarnai arena seni, namun perkongsian Eja di media sosial dapat mengubat kerinduan peminat terhadap dirinya. Apa-apa pun semoga Eja terus diberikan kesihatan yang baik dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, eja78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


