Artis / Selebriti
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
Fazura Muatnaik Gambar Dan Video Ucapan Daripada Anaknya, Nur Fatima Aisya Sempena Hari Lahir Fattah Amin Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya Tengok Video Fatima Ni, Sayu Sungguh Rasa Hati !!
Hari ini tanggal 14 September merupakan hari ulangtahun kelahiran Fattah Amin. Mungkin tahun ini sedikit berbeza buat Fattah disebabkan kontroversi dan dugaan yang sedang melanda rumahtangganya bersama Fazura. Namun dalam situasi getir ini, ucapan hari lahir tidak dilupakan untuk Fattah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video anak Fattah, Nur Fatima Aisya memberikan ucapan istimewa untuk daddynya itu. Selain itu, dikongsikan juga gambar kenangan percutian Fatima dan Fattah.
Paparan seterusnya pula, kek hari lahir Fattah bertemakan warna biru dan di atasnya tertulis Happy Birthday Daddy. Menerusi video pula, Fatima mengucapkan happy birthday Daddy dan meluahkan rasa sayangnya terhadap Fattah. Dapat didengar suara Fazura yang merakamkan video ini.
Fazura menyuruh Fatima membuat bunyi ‘flying kiss‘ untuk Fattah. Tergelak Fazura melihat gelagat anaknya itu. Sayu hati warganet mendengar ucapan Fatima. Fatima masih terlalu kecil untuk memahami apa yang terjadi tetapi Fazura tetap profesional dan tidak memutuskan kasih sayang anak dan daddy.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nangis aku smlam dr petang bawak ke malam. Wahai Tuhan yg maha memegang hati2 manusia, satukan kembali Hati Fazura dan Fattah, Aamiin.. “
” Semoga ujian ini menguatkan kasih syg fattzura, ada sinar yang baik2 semua doakan, syg fattzura syg nyamma.. “
” Sedihhnyaaa.. seorang isteri yang kuat, hati tengah sedih sangat2 tapi tetap up jugak gambar suami dan anak sempena besday suami. Allahu terasa sampai siniii. aku taklehhhh emosiii.. “
” Boleh lg wish mcm biase.. sedih tgok nyamma… Ya Allah pelihara lah hubungan mereka.. Sedih sampai sini.. semoga yang baik baik untuk fattzura.. “
” Demi Nyamma, adui aku lak yang nangis. Ya Allah sedihnya hati ini . saya speechless sejak semalam… bila dpt tahu berita duka ini… saya yakin diantara Faz & Fattah masih ada rasa sayang.. “
” Terus menitis air mata ku. Whatever it is jangan pisahkan anak dgn daddy dia. Fatima need both.. “
” U are such a strong wife, faz. Still up jugak gambar suami and ank. Just go spent time together. Trying to fix this. I know u both still love each other .. semoga dipermudahkan urusan kalian. Amin yra.. “
” Sedihnya tgk video nyamma, i cant la.. you both my fav couple dari zaman korg bercinta hero seorang cinderella.. then kak faz mmg kesayangan dr zaman gol n gincu lg.. “
Demi kebahagiaan Fatima, Fazura masih boleh selindungkan segala kesedihannya. Ramai yang mendoakan agar Fatima, Fattah dan Fazura kembali berbahagia seperti sebelum ini. Semoga segalanya yang baik-baik untuk kalian bertiga dan selamat ulangtahun kelahiran buat Fattah Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen