Artis / Selebriti
” Sedihnya part Ernie tengok trofi tu. Dia macam tak percaya kan.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar Ernie Zakri menerima anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di Indonesia buat ramai bangga. Akhirnya Ernie dapat genggam trofi, diiktiraf negara luar satu kebanggaan untuk negara. Part Ernie bagi ucapan tu comel betul. Hampir-hampir tak behave, hehe..
Meninjau entry di akaun Instagram Ernie Zakri, telah dikongsikan gambar-gambar dan video Ernie di SCTV Awards 2024 Indonesia. Satu kenangan manis tercipta untuk Ernie apabila lagu hits berjudul Masing Masing nyanyiannya bersama Ade Govinda dinobatkan sebagai Soundtrack Sinetron Paling Ngetop untuk series Luka Cinta di sinetron SCTV.
Ianya sesuatu yang tidak Ernie jangkakan kerana kehadirannya ke majlis itu adalah sebagai penyanyi jemputan. Ketika Ernie dan Ade Govinda diumumkan sebagai pemenang, pasangan duet ini menerima tepukan dan sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir..
Lagu ini sememangnya mempunyai tarikannya yang tersendiri. Tidak hanya di Indonesia, malah di Malaysia juga menjadi siulan ramai. Sebagaimana biasa, pemenang akan memberikan sepatah dua katanya di atas pentas. Telatah Ernie yang comel ketika berucap menghiburkan para peminatnya.
Walaupun Ernie cuba behave, terkeluar juga suara jeritannya kerana terlalu gembira. Ernie yang selalu happy go lucky, itu lah Ernie yang kita kenali. Bukan mudah untuk penyanyi Malaysia menerima anugerah di Indonesia dan Ernie mengikuti jejak langkah biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Ikuti perkongsian di bawah (sila tonton video penuh di hujung artikel) :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Another level, Alhamdulillah tahniah Ernie. you have no idea how proud I am erniezakri . You came a longgggg way.. “
” Tahniah Queen Ernie.. sebak bila tengok Ernie menang. Sebab bukan mudah menang diluar negara. Artis Malaysia PERTAMA yang menang ini.. “
” Happy tengok Kak Ninie happy.. fly high and no turning back sister.. Semoga terus sukses dan cemerlang terbilang.. “
” Song of the year 2024 milik masing2. Tahniah ernie Tak mudah artis malaysia nk menang di Indonesia. Ikut jejak ctdk.. “
” Tahniah nini. Awk memang layak dpt Anugerah tu. So proud.. Tahniah sebab pilihan yang tepat.. Aku dah lama nak sangat Ernie ni menang.. “
” Sedihnya part Ernie tengok trofi tu.. dia mcm x percaya kan, dulu punya la susah nk dpt apa ii award yg berkaitan dgn undi. skrg alhamdulillah, thun ni je dia dpt dua award popular.. “
” Congrats ernie.. as indonesian boleh katakan agak susah ye penyanyi malaysia tembus ke pasaran sana.. kalau dpt tu berarti memang betul”layak.. terbaik.. “
” Hampir tak behave ye haha.. menahan diri.. kak ninie cuba mengawal diri utk menjadi ernie zakri, namun terlepas jugak sikit jeritan kak ninie.. “
Alhamdulillah rezeki Ernie di bumi Indonesia. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk lebih banyak lagi kejayaan Ernie pada masa akan datang. Tahniah Ernie daripada kami di Berita Kopak atas penganugerahan ini. Ernie memang layak menang.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ernie Zakri, Tiktok Ernienator.my, Youtube Channel SCTV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen