Artis / Selebriti
” Sedihnya, menusuk kalbu lakonan Que. Iklan yang terpaling touching.. ” – Komen Netizen
Video lakonan mantap dan menyentuh hati Que Haidar untuk iklan Pak Mat Western buat ramai menangis. Bertambah sedih bila bergandingan dengan Wan Maimunah, sebak sungguh..
Sudah lama pelakon hebat Que Haidar tidak berlakon dalam mana-mana drama atau pun filem. Kerinduan peminat akhirnya terubat apabila Que menerima tawaran daripada syarikat Pak Mat Western untuk iklan terbaru mereka. Selain Que, pelakon senior Wan Maimunah juga turut berlakon.
Meninjau entry di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan video penuh iklan tersebut. Ia mengisahkan seorang anak lakonan Que yang disisihkan oleh ibunya, Wan Maimunah yang mengamalkan pilih kasih terhadap anak-anak.
Besarnya pengorbanan seorang anak sulung yang selalu berkorban demi masa depan adik-adik dipaparkan dalam drama pendek ini. Sedihnya hati seorang anak apabila diperlakukan sebegini oleh ibu. Rasa tidak disayangi dan dihargai walaupun sudah banyak berkorban.

Klimak cerita ini apabila anak yang disanjung-sanjung bersikap kurang ajar dan si ibu jatuh sakit. Di sini lah baru si ibu menyedari anak yang disangkanya permata rupanya hanyalah kaca. Drama yang memberi banyak pengajaran kepada semua yang menonton. Lakonan Que memang mengundang air mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Arghhh sedih.. siot la, pelakon power, jalan cerita power, tolong la tv3 pakai pelakon legend camni balik, buat drama petang2.. “
” Aper ni Pak Mat… jual kambing dah la, jangan la potong bawang camnii.. meraung tau tengok lakonan Que haidar dengan wan maimunah ni.. pelakon hebat.. “
” Lama tak tengok Que Haidar berlakon gandingn mantap dengan Wan Maimunah.. love sangat iklan ni.. moga ada pengajaran dan kesedaran bagi yang pilih kaseh.. “
” Iniah iklan Pak Mat Western yg terpaling touching. hebat & luarbiasa. Kl ada undian iklan terpaling hebat… inilah ….. terima kasih krn mengajar kami erti kasih sayang.. “
” Mantap legend pelakon. Da macam drama jam 7 malam. Pak mat tak kira ganti balik air mata saya.. arghh nangis.. rindunya nak tengok que berlakon.. “
” Sampai hati ehh pakmat bagi kami semua tereyak .. Que Haidar dan WanMaimunah memang terbaiklah. unaa beymad izzteri dan icaa pun terbaik.. “
” Sedihnya menusuk kalbu.. Hishhh iklan ni smpai basah tudung kami qheyau.. meruntun jiwa betul.. “
Lakonan yang meruntun hati warganet, lebih-lebih lagi apabila Wan Maimunah bergandingan bersama Que. Iklan Pak Mat Western yang paling menyentuh jiwa dan menyebabkan air mata semua berlinangan. Semoga apa yang hendak disampaikan dalam iklan ini sampai ke hati semua penonton. Hargai lah sementara masih ada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


