Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedihnya, anak-anak rindukan bapanya.. ” – Komen Netizen

Video anak-anak DS Zizie Izette bercerita mengenai memori mereka bersama arwah ayah mereka, Dato’ Seri Bung Moktar buat ramai tersentuh. Part masing-masing mengalirkan air mata rindukan daddy tu sebak sangat..

Menerusi akaun Instagram Mini Izette Bites, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak-anak arwah Dato’ Seri Bung Moktar dan Datin Seri Zizie Izette membaca surah Al Fatihah buat arwah bapa mereka telah mengundang sebak ramai.

Selesai bacaan Al-Fatihah, seorang demi seorang anaknya berkongsi cerita. Nama anak-anak mereka ialah Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette, Aalisa Belle Izette dan dua anak angkat mereka iaitu Aadam Zayed Izette dan Naila Nurjenna.

Cerita demi cerita membuka ruang emosi yang sukar dibendung. Mereka mengenang bagaimana bapa mereka sentiasa hadir dalam momen penting walaupun sibuk bekerja. Ternyata arwah merupakan seorang bapa yang cukup penyayang tanpa membezakan anak angkat dan anak kandung.

Tangisan akhirnya pecah apabila salah seorang anak tidak mampu lagi menahan rindu. Air mata yang mengalir bukan sekadar tanda kesedihan, tetapi bukti sayang yang mendalam dan kenangan yang terlalu berharga untuk dilupakan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang turut berasa sedih melihat video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :

” Kesian dorang kecik lagi .. Al fatihah, Ank rindukan bapa..senyuman gurauan sentuhan dn memories ketika bersama.. “

” Hugs to you and family, and may this Ramadhan be a smooth one although we know it’s gonna be very hard , These kids make us miss arwah Bung now. You are doing great Zizie… “

” Zizie its good that you surface grief over their dad passing together with the kids. Its okay. This is perfect therapy. Jana is so mature for his age.. “

” Anak² will be stronger than kids at their age! You are doing great, sis! InsyaAllah SuperMom, kami doakan Allah permudahkan semua.. “

” Sedih pula saya teringat orang yang kembali kepada Allah Al-Fatihah belajar rajin-rajin ya anak-anak, berdoa hari.. sedih sehingga kan menitis airmata melihat Anak2 sedih dan menanggis.. “

” Kesian anak anak ini, kecil kecil lagi ayahnya sudah tiada MCM CUCU aunty, Anak aunty pun meninggal tinggal anak anak masih kecil kecil lagi.. “

” Ya Allah sakit dada aku. aunty ni kehilang arwah bapa time sambut birthday yg ke34thn aunty nangis xleh move on sampai dua tahun .. “

Dalam suasana penuh menyentuh perasaan itu, satu perkara jelas ialah kenangan bersama seorang ayah adalah harta yang tidak ternilai, dan doa anak-anak yang soleh adalah hadiah paling berharga buatnya. Semoga semua anak-anak ini terus tabah dengan ujian ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mini Izettebites

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak