Viral
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
Video kisah seorang pemanggil Suria FM, Nana bercerita caranya memujuk suami buat warganet tersentuh. Tenang bercerita disangkakan suaminya masih ada, rupa-rupanya suaminya telah pergi 3 bulan yang lalu. Part pesanan akhir untuk arwah suami tu sebak sangat..
Pagi ini geng Morning Morning Suria ke udara dan membincangkan isu cara memujuk pasangan sekiranya pasangan merajuk. Lain orang lain caranya dan ramai di kalangan pendengar Suria FM berkongsikan cara yang mereka gunakan untuk memujuk suami atau isteri masing-masing.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Suria Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan seorang pemanggil yang bernama Nana. Kata Nana, dia memujuk suaminya melalui perut. Ini adalah cara yang paling mudah untuk digunakan dan Nana akan memasak makanan kegemaran suaminya itu.
Panjang lebar Nana bercerita mengenai dirinya dan suami. Cukup tenang dan Nana juga tergelak sama menceritakan memorinya bersama suami. Ketika Nana memberitahu Dato’ Fizz, Ajak dan Kai bahawa dirinya kini sudah tidak lagi memasak, semua tertanya-tanya adakah Nana dan suami bergaduh.

Rupa-rupanya suami Nana baru sahaja meninggal 3 bulan yang lalu. Setelah 13 tahun hidup bersama, 11 tahun melayari rumahtangga baru lah dikurniakan cahayamata, kisah Nana ini menyentuh hati. Ucapan Nana sekiranya suaminya masih hidup dan mendengar perbualan ini membuatkan ramai menangis.
Jom tonton video di bawah :
@suriamalaysia Betul lah orang selalu cakap nak pujuk hati suami kena melalui perut.. masak sedap sedap 😋 tapi… 🥺 #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Sedihlah… menitis air mata saya bila dengar sis ni cakap bila suami dah takda.. smoga akak teruskan hidup baik2 ya.. “
” Weyy aku berderaii air mata sbb aku ngn husb 13 thn jgak and smlm dia merajuk dgn aku seharian tak bercakap sgt, so tadi start dgr aku mcm waa bole tiru bole pujuk try masak.. sekali lepas dgr da meninggal.. merambuuu wehh.. “
” Weh aku menangis teresak-esak.. byk pengajaran yg kita blh dapat dari kisah akak ini. Semoga akak terus kuat bersama anak.. “
” Bila dh thu suami dia meninggal terus ttop radio. Tak sanggup nk dgr tp dia tenang betul awal awal cerita tu.. “
” Nangis aku tgh drive nak pegi keja pagi td. Terus teringat laki sendiri.. balik nak peluk dia.. semoga Allah permudahkan hari2 akak dgn ank selalu aamiin. hugs dari saya kak.. “
” Saya kental orngnya.. tapi pgi td drive dalam keadaan kacing gigi dgn tahan air mata yy dah penuh bertakung.. semoga akk tu trus kuat dan kuat.. “
” Aku dh happy dengar cerita dia dari awal.. sekali bila dia ckp suami mninggal dh, rasa tu boleh tahan lg.. last part masa i love you i miss you tu berderai air mata.. “
” Saya dah menangis teruk. mcm air terjun airmata ni, dah nak sampai tempat kerja, org nampak muka saya muka nangis. dah smpai tempat keje terus wasabi husben.. “

Kini hanya tinggal memori dan semuanya tidak akan dapat diulangi lagi. Suami tercinta kembali kepada PenciptaNya. Semoga Nana terus kuat mengharungi liku-liku kehidupan bersama satu-satunya zuriat peninggalan arwah suami dan diberikan kebahagiaan selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen

