Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedih wey. Susah kita, ada lagi orang susah dari kita.. ” – Netizen

Video Reaksi Nabil Ahmad, Pak Azad Dan Radin Ketika Seorang Pemanggil Berkongsi Bercerita Mengapa Tiada Baju Raya Buat Ramai Sebak. Hebatnya Ujian Dia. Dengar Suara Baby Menangis Lagi Buat Hati Sayu Dan Menitik Air Mata !!

Ramadhan sudah pun separuh dilalui oleh semua umat Islam dan berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja lagi semua bakal merayakan hari raya Aidilfitri. Dalam keseronokan membuat persiapan hari raya, ramai sebenarnya yang tidak mampu membeli baju raya.

Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang pemanggil wanita bernama Sarah bercerita dugaannya dan sebab dia tidak ada baju raya. Masih belum habis dengan keperluan persekolahan anak-anak, itu antara satu puncanya.

Klik gambar untuk info..

Pembukaan sesi persekolahan tahun ini memang hampir dengan Aidilfitri. Banyak duit yang perlu dikeluarkan untuk persekolahan anak-anak. Lebih berat dan sedih mendengar Sarah mengatakan keretanya rosak dan anaknya yang masih bayi menangis kepanasan. Terpana seketika Nabil, Pak Azad dan Radin mendengar cerita Sarah.

Sarah juga memberitahu rumahnya tidak pernah ada biskut raya dan anak-anak memahami kesusahan mereka sekeluarga. Rezeki Sarah, team Era akan membantu untuk memberikan sumbangan berupa baju raya dan sedikit wang belanja untuk persediaan makanan hari raya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah telahle pun meraih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sedih weyyyy.. susah kita, ade lagi orang susah dari kita… Ya Allah aku menangis dengar ni pagi tadi.. rsa ya Allah knpa la aku tak bersyukur.. ada yg lgi ssh dri aku.. ”

” Sedihnya nangis mak dengar pagi tadi… kadang kita rasa kita lah susah ada lagi yang lagi susah.. ”

” Sedihnya Baru nampak reaksi meraka ni prihatin bila mendengar kisah kakak tu. Apapun terbaik Nabil.. Sekarang beribu2 org susah di luarsana.. ”

” Sebak wey.. Aku ingt Aku dgn Laki Aku ja dh usaha Cari duit lbh Utk anak2 tapi Ada org lain yg susah Dari Aku.. sedih sgt Tahun Ni sgt la keras dgn ank2 Baru sklh nk Raya lagi.. ”

” Kehidupan ni sangat kelat sebenarnya nak ditelan. Kadang² aku rs aku selalu diduga.. tp ada yg lagi berat cabaran dia kan.. tq era.je tamparkan aku dengan kisah di sebalik cabaran org lain.. supaya aku sentiasa beringat.. ”

Klik gambar untuk info..

” Sedih la. Bila dgr cite dri pemanggil, cuba utk lebih bersederhana… ramai sekeliling kita nampak mcm tak susah tapi susah gila.. ”

” Allahu.. aku sentiasa ingatkan diri ini supaya sentiasa bersyukur. klau kita rasa kita ni dah cukup sussh disebalik itu ada lg org yg hidupnya jauh lebih susah dr kita.. cuma kita ni sering mrlihat dgn mata zahir bukannya dgn mata hati. wallahualam.. ”

Dalam kita merasakan diri kita susah, ada lagi orang lain yang lebih susah dan besar dugaannya. Sama-sama kita menjadi antara orang-orang yang bersyukur serta saling membantu insan yang dalam kesusahan. Tahniah Nabil, Pak Azad dan Radin serta Team Era kerana menjadi insan yang baik hati.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT